Showing posts with label Lawatan Ke Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Lawatan Ke Langkawi. Show all posts

Saturday, 12 November 2011

Lawatan Ke Pulau Langkawi Hari 3 & Terakhir

Hari Ke 3 adalah hari terakhir kami di Langkawi. Memandangkan flight kami pukul 3 petang, kami mengambil kesempatan untuk melawat 2 lagi tempat yang belum dilawati iaitu cable car dan water world. Semalam petang dah datang around pukul 3 tapi disebabkan keadaan cuaca dan angin tidak mengizinkan, so cable car diberhentikan. So, saya cadangkan kalau nak naik cable car ni, make it a priority agenda sebab perkhidmatan dia bergantung kepada cuaca dan angin, kalau cuaca tak elok, perkhidmatan diberhentikan bila-bila masa atas faktor keselamatan.

So to ensure that we could catch this cable car, pagi-pagi lagi kami dah terus check out dari Resort. Sampai kat cable car pukul 8:30 pagi, ingat dah  terrer dah rupanya dah long line, rupanya tak cukup  terrer sebab ramai lagi family yang dah beratur di sana lebih awal walaupun counter hanya di buka pukul 9:30 pagi. But worth waiting though. Alhamdulillah dapat jugak naik up to Puncak Gunung Mat Cincang. Nice view from above. Kalau sesiapa yang banyak masa, spend a bit more time up there, sejuk, pemandangan yang sangat indah, berdiri in between 2 hills, gayat jugak tapi very nice experience. Bangga dengan Malaysia.

Lepas turun ke bawah, kami nampak long queue, fuh, sampai ke gerai berdekatan panjangnya. Kami terpaksa hurry ke Water world. By the way, resort tempat kami tinggal Mali Perdana Resort tu actually sangat dekat dengan Water World. Cantik dan crazy tengok semua binatang di dalamnya especially the Penguin, so cute. Actually kami ada ambil banyak video camera but I am not sure how to onload here.

Macam2 binatang air yang kita tak dapat tengok di mana-mana. Memang melekakan. Impressed. Kalau la tak payah rush ke Airport hari ni, rasanya macam nak spend berjam jam di sini. Tapi banyak ambil video dari gambar di Water World. Cuba gambar penguin jer sebab cute sangat tengok dia orang lompat.

Insyaallah, kalau ada rezeki, akan datang ke sini lagi. Especially the shopping part..gila tengok pinggan mangkuk dan chocolate yang murah2. Unfortunately tak der photo to share masa shopping.

Schedule untuk naik cable car



In queue sementara nak naik cable car. Panjang betul..



At last, our next  turn untuk naik cable car after about 20 minit in queue.


Haziq dalam cable car




Pemandangan sebaik meninggalkan station


Selamat sampai di Puncak Gunung Mat Cincang

Jambatan di antara 2 gunung, diambil dari cable car

Permandangan dari atas Jambatan

Bersama Haziq di tengah2 jambatan Gunung Mat Cincang. Muka Haziq masam sebab dia takut gayat.


Gambar bertiga tak banyak, nasib jer kalau ada orang tolong tangkapkan.
Haziq ready for flying fox
Selamat sampai di other side of the bridge.

Bapak tumpang sekaki posing dengan helmet jer

Penguin di Water World.


Kumpulan Penguin, yang ni kalau tak silap, kat sini ada 2 species, tak ingat la nama dia.

Lawatan ke Pulau Langkawi Hari 2 (Part 2)

Lawatan Island Hopping abis dalam pukul 1, perut memang lapar so kena makan dulu sebelum meneruskan lawatan untuk hari ke 2. Kami lunch di gerai makan berdekatan Beras Terbakar. Di situ, ada banyak gerai-gerai cenderamata yang boleh dibeli. Kami cuma beli minyak gamat dan kain batik sebagai ole ole di bawa pulang. Tak banyak gambar di ambil kat situ, mungkin penat lepas island hopping kut.

Selepas tu, kami terus ke Makam Mahsuri dan Telaga Tujuh. Makam Mahsuri sangat lain dari yang saya pernah lawati years ago. Masuk kena bayaran tak ingat berapa, dalam RM2 hingga RM5 seorang kut.Disitu, ada muzium, ada rumah pandak maya, rumah mahsuri dan rumah2 orang yang terlibat dalam kisah Mahsuri. Ada juga lesung beras zaman dulu. Cantik dan mengingatkan saya tentang kesusahan orang dulu dulu yang tidak ada banyak kemudahan pada masa itu. Di Makam Mahsuri ada juga di jual produk produk langkawi. Kalau tak sempat beli di Beras Terbakar, boleh jugak dibeli di sini.

Di Telaga Tujuh, kami tak naik sampai atas, dah tak larat dah. Kami cuma mendaki sampai kawasan air terjun dan patah balik. So tak tahu la apa yang diatas sana. Cuma di bawah ada dituliskan kisah telaga tujuh dipercayai turun puteri mandi di sana.



Memandangkan besok kami akan balik dan banyak lagi tempat2 menarik yang belum dilawati, selepas telaga tujuh, kami terus ke Dataran Helang untuk mengambil gambar kenangan di Pekan Kuah. Satu lokasi yang tak boleh di lepaskan oleh sesiapa saja yang berkunjung ke Langkawi. Kat situ memang banyak posing especially Haziq, tapi landmark dia saja jer la sekitar Dataran Helang tu. Shiny and Windy, tapi memang menarik.


Malam tu, pergi Idaman Suri, shopping pinggan mangkuk, fuh..memang giler..Corelle latest design kalau kat luar RM600, sini dpt dalam RM400 dan few good quality pinggan mangkuk. Kat sini jer spent almost 2 jam. Chocolates pun banyak choice cuma tak tangkap gambar langsung masa kat sini, sibuk shopping agaknya. Chocolates shops banyak kat Pekan Kuah, dari segi harga rasanya tak banyak beza diantara satu kedai dan kedai yang lain, but..still murah disini.


Petikan sejarah beras terbakar.

Beras terbakar

Teratak Sri Tama.

Taman Haiwan di Beras Terbakar

Teratak Sri Tama Kediaman Penglima Hitam di Beras Terbakar

Bab posing bagi la dengan Haziq

Haziq di  'celah2' Langkawi

I like this picture, the background and everything. Saja bagi besar skit.




Lawatan ke Pulau Langkawi Hari 2 (Part 1)

Hari kedua, almost half day abis island hopping. Kami diberitahu, kalau nak snorkling, kena satu hari. Rasanya tak sempat sebab banyak lagi tempat nak cover dalam 3 hari trip ni, jadi kami ambil keputusan untuk island hopping jer.


Lepas breakfast kat gerai berdekatan resort, kami tunggu van untuk pick up kami ke pantai yang jadi check point naik bot untuk island hoping ni. Untuk island hopping, kami kena bayar RM28 seorang. Bring spare baju sebab kat Pulau Beras Basah boleh mandi, air memang cantik dan clear, tak tahan tengok kalau tak mandi.



Island hoping package yang kami ambil cover 3 islands, tasek dayang bunting, eagle feeding kat Pulau Harimau dan Pulau Beras Basah. Tasek Dayang Bunting memang amazing, cantik. 
Untuk ke Tasek ni, kena jalan skit dari Jetty tu, boleh tahan jugak penat bila sekali sekala kena exercise. Tapi bila sampai tu berbaloi la, udara nyaman, pemandangan indah. Ada paddling boat tapi masa kami sampai hujan rintik so tak dibenarkan aktiviti ni, bayaran untuk boat paddling tu RM30 for 20 minit tak silap la.


Lepas tu, kami bergerak pulak ke Pulau Harimau untuk eagle feeding. Ingatkan kami yang feedkan eagle tu, tapi yang sebenarnya, kami cuma stay kat boat, boatman tu akan baling makanan burung which I rasa udang kut, dalam air dan eagle tu akan datang beramai-ramai. Boleh la nampak eagle in close view, dan tangkap2 gambar. Besar2 dan banyak jugak helang kat situ.


Selepas tu kami bergerak ke Pulau Beras Basah. Pulau ni pantainya memang cantik dan indah sekali. Airnya biru, bersih, pasirnya halus, kalau ikutkan hati mau jer mandi di situ. Tapi memikirkan tempat persalinan tidak disediakan, terpaksa lah cancel hasrat hati. Cuba hubby dan anak jer yang mandi dan main pasir di situ. Rasanya dalam sejam lebih jugak kami di pantai tu dan kemudian kami diambil oleh bot tu untuk kembali ke pulau langkawi.



Breakfast di Langkawi


Tunggu bot untuk Island Hopping. Belakang tu ada few boats untuk group lain. Langkawi ni banyak small2 islands.



Ada 8 orang dalam boat ni, selesa jugak dan laju.






Membelakangkan Tasek Dayang Bunting, Memang cantik dan menakjubkan. Tasik ini terjadi akibat keruntuhan gua di situ yang menjadikan dia sebuah tasik.






Azmy go for free Foot Spa dengan ikan keli. I tried too, takut dan geli, but ikan tu tak gigit pun. Need some courage to  try anyhow.








Ini baru dekat Jetty belum lagi Tasik dia, kena jalan masuk naik turun tangga ke Tasek Dayang Bunting.
Signboard kat Tasek Dayang Bunting, banyak aktiviti disediakan di tasik tu, boat paddling, solar boat dan kayaking.
Island feeding, banyak eagle terbang tapi somehow tak dapat nak captured.
Haziq with dad main pasir di Pantai Beras Basah. Anak lagi besar dari bapak. Pasir halus dan bersih.
Perjalanan di teruskan selepas ini - More exciting places visited....

Friday, 11 November 2011

Lawatan ke Pulau Langkawi Hari 1

Saya selalu mendengar cerita best tentang langkawi, tentang cable car, tentang pantainya yang cantik, tentang chocolate yang murah, tentang pinggan mangkuk yang murah, water world etc etc. Saya telah ke langkawi sebanyak 2x, sekali hadiah SPM which was years years ago, sekali masa mewakili syarikat menjadi Exhibitor masa Lima Langkawi selama 2 hari, itu pun years years back. Dari time saya pergi ke sana, saya dengar macam macam benda baru, dulu tak der cable car, sekarang dah ada. So, tringin gak nak ke Langkawi naik cable car.


Alhamdulillah, bulan March lepas, saya berkesempatan ke Langkawi bersama keluarga. Naik Air Asia dari Penang Airport ke Langkawi hanya lebih kurang setengah jam jer. Rasa2nya, macam baru jer bertolak, flight dah stable, then dengar Pilot announce akan mendarat di Langkawi. Tak terasa langsung.

Kami stay di Langkawi selama 3 hari. Kebetulan, bukan musim cuti sekolah, so tak la pack sangat, selesa la jugak kesana kesini.


Kami stay di Mali Perdana Resort di Pantai Cenang, kira-kira 20 min dari airport.


Lepas check in, perut memang dah lapar, banyak actually kedai-kedai makan di pantai cenang dari yang international seperti pizza, restaurant Arab macam2 la..kut selera masing masing. Since kami peminat nasik briani, so kami makan kat restoran Rajdarbar. Nampak macam cantik dari luar so try la. Nasib baik sedap gak briani dia dan banyak, satu pinggan boleh makan dua orang. Lepas makan, kami jalan2 kat pekan cenang. Banyak gerai-gerai menarik dan kalau nak beli sourvenir pun banyak jugak di jual di sini. 


Since kami sampai pun dah petang di Langkawi, so hari pertama hanya ronda2 di sekitar Pekan Pantai Cenang dan Pekan Kuah then balik ke resort. Kena rehatkan badan for tomorrow's full aktiviti.


Haziq di Penang Airport selepas about 2 hours drive dari Ipoh, tengah tunggu Air Asia onboard  calling
Baru touch down Langkawi Airport, kena warned by the Airport Security ambik gambar, yer ker tak boleh? 
Our temporary car rental Kia Rio. Kami sewa RM80/day, if peak season normally is RM120/day
Ni baru la real Kereta Nissan Sentra yang kami drive selama di Langkawi


Ini tempat yang kami stay selama 3 hari 2 malam, Mali Perdana Resort di Pulau Cenang, about 20 minit dari Langkawi Airport. Small room, semalam RM120, bilik kecik sangat. Overall rating untuk service from 1 to  5, I give 3.





Kami makan briani di sini. Not bad taste. 
Makan kat Rajdarbar menyajikan masakan India Utara. Briani dia memang best.  Belakang tu satu group tourists dari Jepun.


Nak tahu lebih lagi aktiviti kami hari ke 2, read our next journal.