Showing posts with label Jum Makan di Ipoh. Show all posts
Showing posts with label Jum Makan di Ipoh. Show all posts

Saturday, 7 January 2012

Jum Makan di Ipoh - Nasi Lemak Ayam Golek Batu Gajah

Memandangkan saya bekerja di Lumut dan keluarga tinggal di Ipoh, berulang-alik Ipoh-Lumut seminggu sekali tu dah menjadi routine saya.

Selalunya saya akan mengikut highway Simpang Pulai - Batu Gajah - Tronoh dan kemudian meneruskan perjalanan ke Sri Iskandar - Sitiawan - Kg Acheh. Perjalanan saya akan menempoh satu restoran di persimpangan traffic light Batu Gajah iaitu Restoran Nasi Lemak Ayam Golek.

Baru-baru ni, semasa cuti New Year, saya akhirnya berpeluang untuk makan malam di situ.
Kami menikmati nasi ayam golek, nasi putih bersama lala masak pedas, udang goreng tepung, tomyam campur, sayur campur etc.

Ada terdapat few pondok2 (gondola) untuk yang memilih untuk makan sambil bersila. Kami tidak melepaskan peluang makan malam di gondola untuk menikmati suasana kampung walaupun dikelilingi oleh bunyi kenderaaan memandangkan restoran ini berdekatan dengan simpang jalan bertraffic.

So, sesiapa happen to be in Batu Gajah Perak, maybe can  try to dine in this restoran yang dibuka disebelah petang hingga ke malam.

Makan malam yang kami order.

Restoran Nasi Lemak Ayam Golek Batu Gajah Perak

As usual, the same face.. :)

Dalam gondola sementara menanti hidangan sampai

Pemandangan dalam restoran ala kampung, gambar tak berapa terang sebab suasana malam dan lampu didimkan.
Kawasan restoran dihiasi dengan banyak pokok2 yang menambahkan kesegaran menikmati hidangan di restoran ini.


Nasi Lemak Ayam Golek


Yum yum apa lagi tunggu
Lala masak pedas

Monday, 2 January 2012

POKOK IPOH

Sapa pernah tengok pokok Ipoh?

Saya yang dilahirkan di Ipoh, kemudian tinggal di Penang selama berpuluh-puluh tahun dan kembali ke Ipoh sebenarnya tak tahu pun ada pokok Ipoh di sini. Pokok Ipoh ni rendang, daunnya kecil-kecil dan tumbuh di dahan yang seperti kepak. Pokok rendang ini sangat sesuai berteduh dari panas kerana dia seperti pokok ceri yang banyak daun2 menghalang direct sunlight.

Hari ni, kami lunch di Taman Kanak-Kanak di Ipoh, berdekatan dengan SSF dan Kamdar. TKK ni adalah medan selera yang boleh didapati quite local hawker food macam popia SA Ali, Sate Endut, Sup Darus, ais kacang, leng chi kang dan macam2 lagi in one centre. Ipoh ni tak macam Penang, Penang ni pada saya syurga makan, sampai tak tahu nak makan apa sebab banyak sangat tempat best2.

Ipoh ni, kureng sikit la..but at least di TKK kita boleh dapat beranika makanan yang sedap dan lain dari restoran2. So Kalau sapa2 ke Ipoh, jangan lupa singgah ke TKK, most of the gerai dibuka dari jam 6 petang ke pagi.

Ni la pokok Ipoh yang banyak terdapat di Taman Kanak-Kanak Ipoh.

Saturday, 26 November 2011

Jum makan di ipoh - Changkat Jering

Penah pegi Pekan Sari Changkat Jering?

Kat mana Changkat Jering tu? Mungkin nama Changkat Jering ni tak brapa familiar bagi sesetengah orang. Nanti saya share kan sedikit info mengenai Changkat Jering.

Changkat Jering ni terletak di Taiping, kalau dari Ipoh ikut lebuhraya utara selatan, it takes about 45 mins to reach there. Apa yang specialnya Changkat Jering ni?  Tak der apa yang special pun kecuali pekan sari dia pada setiap sabtu. Hari sabtu tu, seolah-olah satu pekan keluar berbelanja.

Sebagai seorang yang tinggal di Ipoh, sesekali ke Changkat Jering memang dah biasa bagi kami sekeluarga, especially mak dan abah..Mak dah biasa datang ke Pekan Shangkat Jering dari zaman dia 'anak dara' so she really2 enjoy it.

Pekan sari ni, macam-macam ada, crazy dibuatnya especially untuk cari produk kampung or makan2. For me yang enjoy makan ni, rasa macam tak cukup mulut nak rasa semua yang dijual.

Selalunya kami ke sana membeli sedikit barang seperti ikan bilis, cabai kering, ikan masin, daging segar, tapi selebihnya ialah makanan yang bermacam2 dijual di sana. Ada satu kuih apom warna putih yang according to my mum is very popular here those days, tapi mum complaint, sekarang dah tak sedap mungkin resepi dah tak original kut, tapi tak tangkap pulak gambar apom tu, maybe next time if happen I'd be there again.

Some pictures to share.


Exit dari Ipoh. Hujan lebat. Taiping memang kawasan tadahan hujan.

Dah sampai plaza changkat jering. Masih ujan.


Ni gambar dah nak balik, ujan pun dah berenti

Ni gerai-gerai di luar, macam2 ada, belum masuk ke dalam lagi

My cute nephew
Kebanyakan gerai memang ada jual mee rebus. Tapi gerai yang kami choose kali ni, kurang kick la.


My favourite, satay..but this stall rasenya quite expensive for small stick for 50sen each, adalah dalam 3 ketul satu cucuk and one part is lemak..frust betul.

Pemandangan dalam pasar.

Mak dan cucunya sedang menjamu selera. Mak tengah makan lemang cicah dengan pecal.

Keadaan dalam pasar dalam lebih kurang pukul 5 petang, Orang dah makin bertambah especially sekarang cuti sekolah.

Gerai-gerai makan the whole stretch.

Byk kedai jual 'choq meniram', kata orang penang. Macam2 panggilan ada untuk kuih ni, digoreng panas2. Kami selalu beli buat makan dalam kereta, RM2 dah cukup banyak tapi a bit oily la..

Dun worry, parking memang banyak


Saturday, 19 November 2011

Makan di Stesen Keretapi Tanjung Rambutan

Bila dengar jer nama Tanjung Rambutan, kebanyakan orang akan gelak or at least smile. Ye la, sebut tanjung rambutan, orang akan associate it with orang gila atau istilah yang lebih baik, orang sakit mental. Even, dalam surat beranak saya pun, tempat lahir saya di tulis tanjung rambutan. Dulu kat sekolah, kawan-kawan akan ketawa tengok surat beranak saya, dia orang cakap saya di lahirkan di hospital orang gila.

Tanjung Rambutan is just a small town, tak da tempat menarik nak lawat pun. Tak banyak perubahan dari segi pembangunan, terletak outskirt of Ipoh berdekatan Sunway Lost World Tambun yang popular tu, about 20 minutes drive. Memang ada hospital mental kat sini, landmark paling popular. Hospital tu pun dah ada kolej kejururawatan di dalamnya. Hospital tu dikenali sebagai Hospital Bahagia, memang bahagia pun, dalam tu suasana tenang, kawasan dia luas, orang awam dibenarkan drive masuk tapi tak nampak la cell tempat pesakit tinggal.

Walaupun pekan kecil, tapi sebenarnya town ni quite padat dengan penduduk. Kebanyakkannya adalah penduduk yang bekerja di hospital tu, hospital attendant, nurses etc etc. Tak ada lah shopping mall tapi adalah basic keperluan penduduk seperti kedai-kedai, bank cimb, bank simpanan nasional, post office, market dia best sangat2 pack setiap pagi dengan ikan dan lain2 yang segar.Setiap hari ahad, ada pasar pagi dekat market. Kalau time bulan puasa, fuh jem jalan tu dengan kenderaan yang membeli juadah berbuka.

Nak cari kedai makan yang best2 sekitar tanjung rambutan tak der la..yang top pun,  mungkin restoran Mat Perak di Batu 8. Kalau nak KFC, Mc Donald, Pizza Hut, Oldtown semua tu kena keluar skit dari tanjung rambutan ke pekan berdekatan seperti Sunway, Bercham, Tambun etc.Kalau kat Ipoh, u name it la..macam2 ada, tapi kat ipoh belum lagi la jumpa Dome, Chilies, Nando etc macam KL.  You can get almost everything in KL, tak payah pi oversea, everything is there in KL, syurga makanan. I love Hotdog 1901 dan Bon Bon kalau kat KLCC.

Back to Tg Rambutan, living in a small town, kenkadang pening jugak nak cari makan kalau malas nak keluar jauh. Tapi ada satu tempat yang boleh la lepak jugak iaitu di Stesen Keretapi Tanjung Rambutan. I was being told tak der lagi keretapi berhenti di stesen ni, cuma pass through jer.

Tak macam stesen keretapi Kluang yang popular dengan Kluang Railway Station restoran yang ada kopi dia yang best, roti bakar, roti stim macam2 ada, kat stesen keretapi tg rambutan tak der la macam tu..Kat sini, ada di jual nasi lemak, roti canai, nasi goreng, mee goreng mamak, pasembor, kuih muih dan minuman. Tak banyak difference dari kedai2 makan lain dari segi type of food served, tapi di Pekan Tg Rambutan yang kecil ni, kira sedap la untuk orang yang tak cerewet sangat. Ramai jugak yang makan di situ terutama student kolej perubatan, pekerja hospital dan penduduk setempat.

Bukan la tempat standard for certain people, tapi orang kampung macam saya ni, well, can do la..lepak2 tengok keretapi lalu sambil2 pekena teh tarik di waktu petang..okay ajer for me.




Stesen Keretapi Tanjung Rambutan

Tanjung Rambutan, Perak


Depan kedai stesen keretapi tg rambutan. Orang tunggu nak bungkus mee mamak. 

Roti canai stesen keretapi, panas dan lembut.

Mee Goreng Mamak, my hubby's favourite.

Gerabak barang Lafarge lalu masa tengah makan.

Jum Makan di Ipoh - Top Nasi Kandar di Ipoh

Kebanyakan orang ipoh mesti tahu restoran ni, for my hubby, he knows this restaurant since he was small. This restaurant has been at the same location for years, rasanya more than 30 years kut, or more..Restoran ni di kalangan orang ipoh lebih dikenali sebagai 'nasik ganja', mungkin sebab keenakkannya membuatkan ramai orang 'ketagih' dan mesti nak makan kat situ.

Being someone yang spent half of my life in Penang, saya dah biasa dengan restoran nasi kandar penang, so few times hubby bawak makan kat sini, saya tetap cakap, nasi kandar penang lagi best. Tapi, after few times makan, dah jadi macam sedap pulak, so every week, or everytime if we have the opportunity lalu tempat tu, mesti pi pekena 'nasik ganja'. Tapi dengan anak, kami menggunakan perkataan nasi wangge instead.

Kedai ni terletak di Jalan Yang Kalsom, Ipoh, kedai dia dalam sebuah restoran cina tapi orang, fuh, tak penah surut dari pukul 10.30 sampai lah nasik dia abis, normally kul 4:00petang. Tapi, biasalah, kalau dah petang, lauk pun tak banyak, selalunya tinggal ayam pedas tu jer. 

Kalau datang ke sana, akan nampak ramai orang beratur, itu untuk orang yang nak bungkus.So kalau nak makan di restoran tu, tak payah beratur, terus cari tempat duduk dan mamak akan datang layan. Selalunya kami akan mintak 'biasa', which means, nasi + ayam  or nasi + daging. Mamak akan tambah timun or bendi dengan sambal sebagai pelengkap dish. Service cepat, air di ambil oleh taukey restoran tu, service tip top. For me, normally for drink, I settle either barli air or barli suam (kalau sakit tekak) or teh ais. These 2 drinks are killer drinks, memang sedap. Barli dia dibuat sendiri, memang pekat dan menyegarkan.

Walaupun ramai, mesti ada tempat duduk, even kami kenkadang share satu meja with other families, tak kira la, chinese or Indian or Malay. Restoran ni juga dikunjungi oleh big big name like Tajol Rosli, Dato Zamri MB Perak, Dato Najib Tun Razak our PM dan ramai lagi.

Kedai ni kedai satu Malaysia, semua bangsa makan di situ, melayu, india, cina etc dan juga dikunjungi oleh ramai dari luar ipoh.

So, sapa yang happen to be in ipoh, cuma la try..mungkin you are the next 'penagih' nasik kandar ni.
Signboard kedai 

Jalan Yang Kalsom, Ipoh..Hari ni hujan lebat.
Restoran tu on yr left just after the traffic light. Well , I know..this picture is not much help.
Gerai dia, simple jer
Aiman, my nephew

My plate, yummy..

Ada jugak side dish like roti telur ni, memang sedap for those yang tak nak makan nasik

Aiman makan roti bakar

This is my favourite, teh tarik, fuh..very mind relaxing for me..sedap dan lemak


this face will never not in any of my blog writings..hehe
Ni baru pukul 10, we are amongst the earliest, mamak standby untuk melayan customer. Very fast

Saturday, 12 November 2011

Mari Makan di Manjung / Sitiawan - Horizon Garden Restaurant

4th November baru-baru ni is my hubby's 47th birthday. Since saya tak berkesempatan balik ipoh kerana kerja yang tak pernah surut, hubby and anak came to Manjung instead.

At 8:00pm I was still in the office, no choice terpaksalah make a phone reservation di Horizon Garden untuk booking 'special' dinner for my hubby. This is one of the best location for locals and also for those yang melawat Lumut, boleh jugak singgah di sini makan. Tempat ni quite common for me sebab kalau ada apa-apa jamuan untuk client, we also end up in this restaurant. Kadang2 boring gak asyik restaurant ni jer, but nak buat macamana, kat lumut tak byk choice for good 'halal' restaurant. Tapi tak sempat nak tangkap gambar sebelum makan, sebab dah lapar sangat. Bila dah habis, baru tringat nak snap few pictures for blog, too late then..

Service is very good, fast and friendly. Sesuai untuk outing keluarga. Interior dia pun cantik.
Part favourite Haziq..makan..

Peminat nescafe, tengok sebelah tu, sedap jugak.

Haziq  tengah makan tomyam putih..tomyam putih tak pedas. Tapi tak pedas kurang kick la plak
Sepatutnya birthday ayah dia, tapi dia yang beria makan banana split for dessert.

Selamat dah semua, licin.

Jum Makan di Ipoh - Restoran Mee Rebus Ramli

Saya bukan peminat mee, bukan tak makan langsung, tapi selalunya nak habiskan 3 sudu pun susah. Tapi ada satu mee rebus yang saya boleh habiskan semangkuk, iaitu di Mee Rebus Ramli di Ipoh

Restoran ni terletak di Taman Perpaduan. Ipoh, berdekatan dengan lost world tambun dalam 10 minit by car. Selain mee, ada jugak western food, nasi lemak, nasi ayam, nasi goreng, bihun sup etc etc. Husband dan anak suka nasi lemak di situ, sambal dia memang best. Tempat dia pun spacious boleh pilih nak makan di dalam atau di luar with big tv screen.

Very familiar restaurant for locals, kalau tak silap dia ada 3 cawangan, satu di ipoh, satu di Tasik dan satu di Taman Perpaduan.
Chicken chop with mushroom sauce

Ni la my favourite, Mee rebus ramli, one of a kind. The only mee I could eat all without anyone's help.

Hubby makan nasik ayam, sedap but the soup is not my taste.