Showing posts with label Jum Masak di Rumah. Show all posts
Showing posts with label Jum Masak di Rumah. Show all posts

Saturday, 14 January 2012

Jum Masak di Rumah - Ayam Goreng Serai

Hmm...lama tak masak...semalam dah belek buku chef Hanieliza, nak tengok resepi apa yang sedap dan senang. So far, semenjak beli buku ni, my cooking has improved, tapi still kena refer kat buku resepi each time nak masak, the problem is sebab tak ingat bahan..ni la masalah kalau jarang2 masak..

Finally today, baru jer selesai masak lunch untuk family, dish asam pedas ikan pari, ayam goreng serai, sayur kangkung goreng belacan dan ikan masin goreng dengan bawang dan cili merah..yummy..

Ayam goreng serai tu first time baru try ikut resepi buku chef, sedap nyer raser macam ayam goreng bumbu kat restoran simpang tiga di Ipoh..bau serai tu fuh..wangi satu dapur..then isi ayam tu jadi lembut lepas diperam dalam setengah jam..

Resepi ayam goreng serai tu, serai + cili padi 6 biji + kunyit + bawang besar + bawang putih + halia. Blend then bubuh garam dan marinate at least setengah jam..then goreng...

kangkung goreng belacan

Asam pedas ikan pari + bendi + tomato + daun kesum..straight from the pot..

ayam serai before di goreng, tengah marinate dalam setengah jam
first badge goreng..ayam tu isi dia lembut sangat dan marinate tu dah meresap ke isi.

Sunday, 20 November 2011

Jum Masak di Rumah - Cucur Udang

Cucur udang memang favourite kami sekeluarga. Samada pagi atau petang, cucur ni memang tak pernah jemu. Ada macam-macam cucur bergantung pada main ingredient, kalau buh labu, jadi cucur labu, kalau buh pisang, jadi cucur pisang, kalau buh gula, jadi cucur manis, kalau buh udang, jadi cucur udang, kalau buh daging, jadi cucur daging. Preparation dia pun senang dan gerenti jadi..cuma yang membezakan hanya lembut atau keras, sedap atau tak sedap...itu jer.. ha ha..

Anyhow..saya suka buat preparation cucur udang masa masak tengahari, so udang tu dapat resap ke tepung dan terasa udang tu. Then kena cover dgn wrapseal then masukkan dalam petisejut. Kena keluarkan half an hour before goreng supaya temperature kembali kepada suhu bilik sebelum goreng. Sebab saya penah goreng right after keluar dari fridge, jadi keras la pulak.

Cucur udang itself ada banyak versi, ada yang bubuh kucai toge, ada yang bubuh daun sup dan cili, ada yang bubuh serbuk penaik. Ni versi cucur udang saya.

Bahan2 : Tepung gandum, udang, cili merah, bawang & daun sup, garam, kunyit, air masak. Sukatan..sendiri sampai boleh jadi batter untuk di jemput jemputkan..

Campur semua, goreng dalam minyak penuh. Kuning, angkat dan hidangkan dengan sos cili. Kalau ada kuah kacang, lagi best..

Ni la hasilnya



Menyelerakan...cuba la..

Saturday, 19 November 2011

Jum Masak di Rumah - Ikan bawal masak 3 rasa

Jumaat lepas, hubby terkena keracunan makanan akibat makan udang yang dah tak elok dalam nasi goreng. Itu lah, makanan yang paling baik adalah yang di masak di rumah. Di  rumah, kita boleh ensure bahan2 mentah adalah segar, kebersihan di jaga, makanan di serve panas, gula dan garam dijaga dan sebagainya. Tapi, yer lah, sekarang mostly wanita bekerja termasuk saya, jadi, left us with no choice but to buy food outside. Di tambah pulak saya cuma weekend wife, so kadang2 skip masak sebab nak spend more time dengan family.Jadi, solutionnya, makan tengahari, petang dan malam di dapur kedai la jawabnya.

Saya tergolong dalam golongan 'experimental cook', maksudnya, rasa masakan tak consistent sebab jarang memasak. So kadang2 okay, banyaknya tak okay. Tapi bila hubby dan anak yang terpaksa depend pada makanan di luar during weekdays dan kenkadang during weekend jugak, mereka selalu mengadu sakit perut.

Bila yang terbaru hubby cakap dia sakit perut keracunan dah 2 hari, I thought of doing something. Saya ke Popular Tesco Manjung untuk dapatkan buku masakan yang boleh gerenti masakan jadik. So cari punya cari, dapat la buku 1 Hari 1 Resepi oleh Chef Hanieliza. Ada 365 resepi istimewa dalam buku ni, masakan biasa orang melayu dari nasi, daging, ayam, ikan, udang, sotong, kerang, sayur, kuih muih, desert, western food dan macam2 lagi la. Resepi nya mudah dan nampak menyelerakan dari gambar2 yang ada dalam buku tu. 

buku chef hanieliza 1 hari 1 resipi gerenti jadi!!
Kadang2 kononnya nak save, cari jer resepi kat internet la, kat majalah la, pastu pening sebab kadang2 bahan2 resepi tu banyak. Bagi saya, weekend cook, sekali beli pastu next week dah jadi busuk dan terpaksa buang. Dah membazir.

Tapi resepi dari  buku ni untuk small quantiti seperti setengah kilo daging, setengah ekor ayam, 3 ekor ikan etc etc. So family kecil like mine, memang memerlukan resepi dalam quantity yang sebegini, coz for me, kalau saya pandai2 split resepi kepada 3 bahagian, end up memang tak kan jadik punya.

Anyhow, back to the recipe book 1 hari 1 resepi tu, harganya RM35.00 penuh dengan illustration. Ada jugak basic penerangan tentang bahan2 dan alatan dapur. So hubby pun boleh follow the resepi dalam buku ni. Hari ni, saya cuba 3 resepi dari buku ini, Bawal Masak 3 rasa, Asam Rebus Ikan dan kerabu daun selom. Semua jadik, alhamdulillah..Tapi for today, saya sharekan satu resepi dari buku ni yang saya dah cuba tengahari tadi iaitu Bawal 3 rasa, dan hubby said, much better dan tastier from the last time I cooked, anak, as usual la, not much comment..

Ikan Tiga rasa
Bahan A
1 ekor ikan bawal
1 sudu makan tepung jagung.
(goreng)

Bahan B
3 biji bawang merah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia
(untuk ditumis nanti)

Bahan C
Sos tomato, sos cili dan sos tiram setiap satu 3 sudu besar
1 camca teh gula + 3 sudu air
(semua ni di campur untuk dijadikan sos)

Bahan D

1 pokok daun bawang
2 cili merah dan 2 cili hijau dihiris
2 biji tomato di potong empat
(ini penghabisan untuk hiasan)

Cara2
1. Goreng Ikan sehingga garing dan kuarkan.
2. 2 sudu minyak panaskan, dan goreng bahan B
3. Masukkan sos seperti bahan C tadi dan biarkan mendidih
4. Masukkan bahan hiasan dan tutup api
5. Curah atas ikan.

Hasilnya :




Saturday, 29 October 2011

Daging masak hitam penang

Saya memang akui, saya seorang yang tak pandai memasak. Tak pandai memasak tak semestinya malas memasak, cuma bila masak selalu fail. Ada jer yang kurang, kurang itu la, kurang ini la, tapi yang selalunya kurang sedap la.

Tapi family sporting, dia orang bukan jenis cerewet, so makan jer la apa yang di masak, janji perut kenyang. Afterall, as a working mum, masa untuk memasak memang terbatas. Tapi kalau ada masa terluang dan ada bahan-bahan kat dapur, selalunya saya akan surf resepi kat internet. Tengok mana yang senang dan bahan-bahan yang simple, selalunya saya akan try.

Hari ni, bahan asas  dalam fridge adalah daging. Surf punya surf, jumpa satu resepi daging masak hitam penang. Eventhough saya dilahirkan di Ipoh, tapi most of my schooling time spent di Penang jadi daging masak hitam penang memang sangat2 sedap. Selalunya mamak atau mami masak yang paling sedap, dia orang selalu bubuh kas kas.

Resepi ni saya dapat dari http://kuali.com, type jer resepi daging masak hitam penang, sure resepi tu akan keluar dengan gambarnya Tapi resepi ni dalam English, ada setengah bahan kena refer dictionary. Dalam kes saya yang malas nak rujuk kamus, pakai agak2 jer la. Mungkin itu salah satu sebab kenapa masak selalu tak jadi kut. 

Hasil nya ....(tadaaa)

Gambar amateur macam ni la, tak segak. Saya buat berkuah sikit sebab nak cicah dengan roti. Rasanya sedap, boleh cuba resepi ni.