Showing posts with label Kemasyarakatan. Show all posts
Showing posts with label Kemasyarakatan. Show all posts

Saturday, 8 September 2012

Rumah Anak Yatim & Miskin Nurul Iman, Manjoi

Lama tak update blog. Kalau dah tinggal lama macam ni lah, tapi kalau masa tengah aktif, sehari pun boleh published 2,3 new posts.

Bulan puasa yang lalu, saya sempat berkunjung ke rumah anak yatim Nurul Iman, the last time I was there was about 3 years ago. Alhamdulillah, sempena bulan puasa yang penuh dengan rahmat, saya cuba kembali melakukan sesuatu perkara yang baik untuk mendapat keredaan allah iaitu berbakti kepada anak yatim.

Saya amat mengagumi pengasas rumah anak yatim Nurul Iman ni, En. Khairul punya matlamat dan objective yang amat baik untuk kebaikan semua anak2 yatim dan miskin di bawah jagaan beliau. Di kesempatan ini, saya sempat berkenalan dengan Kak Meena & Napisah yang tak jemu2 melayan saya dan suami dan segala soalan2 kami di jawab dengan ramah dan senyuman.

Alhamdulillah, kawan2 sepejabat juga bermurah hati memberikan sedikit sumbangan untuk mereka dan diharapkan kami akan terus dapat berbakti kepada anak yatim dan miskin sebagai sumbangan kecil kepada masyarakat.


Kedudukan Anak Yatim Di Dalam ISLAMDi dalam al-Quran banyak dianjurkan agar anak-anak yatim dibela nasibnya. Perbuatan membantu dan memberi makan anak-anak yatim merupakan perbuatan yang mulia, malah ia di antara keutamaan amalan soleh yang wajar diberi perhatian oleh setiap mukmin.
ALLAH melarang manusia berbuat zalim terhadap mereka. Malah, seseorang yang berlaku zalim, tidak menjaga hak dan memberi makan anak yatim dianggap sebagai mendustakan agama. ALLAH subhanahu wata’ala berfirman dalam surah al-Ma`uun ayat 1-3:
أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِTahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَItulah orang yang mengherdik anak yatimوَلا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِdan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.
Tidakkah di hati kita berasa gerun dan gementar serta didatangi perasaan serba tidak kena apabila membaca ayat di atas?
Walaupun mungkin kita tidak mengherdik anak yatim, dan barangkali tidak terlibat bermuamalah dan berurusan dengan anak yatim, namun janganlah pula kita mengabaikan nasib dan hak mereka untuk terus hidup di muka bumi ini.
Anak-anak yatim ini bukan sahaja hilang tempat bergantung kasih sayang, malah turut juga dihimpit kemiskinan dan kesusahan dalam meneruskan survivalkehidupan yang amat mencabar.
Namun, di tengah-tengah manusia yang alpa dan lalai dari tanggungjawab ini, ada juga sebahagian ahli masyarakat yang telah mengorbankan jiwa, harta, tenaga dan masa bagi membela nasib anak-anak yatim. Sebahagian mereka turut juga mempunyai keluarga, anak-anak, pekerjaan, tanggungan dan lain-lain urusan yang menyibukkan mereka. Namun, mereka masih dapat berkhidmat kepada anak-anak yatim ini.
Betapa sucinya hati mereka. Saya dan barangkali anda juga tidak mempunyai kehebatan jiwa seperti mereka. Dalam kesusahan dan kesempitan wang, mereka masih terus istiqamah membela nasib anak-anak yatim. Barangkali hati mereka telah disinari iman yang terang dengan galakan-galakan dari ALLAH subhanahu wata’ala dan juga dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam.

Kelebihan Membela Anak-anak Yatim
Kelebihan membela anak-anak yatim banyak disabdakan oleh Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam. Cukup dengan hadith berikut sebagai pembakar semangat:
“Aku dan pengasuh anak yatim (kelak) di syurga seperti dua jari ini (Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam menunjuk jari telunjuk dan jari tengah dan merapatkan keduanya.” (HR. Bukhari)
“Demi yang mengutus aku dengan hak, ALLAH tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya…” (HR At-Tabhrani)
SubhanALLAH, sungguh mulia bagi yang menjadi pembela anak-anak yatim. Mereka akan mendampingi Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pada hari akhirat nanti dengan dampingan yang sangat rapat. Bukankah ini menjadi harapan kita?

Semuga sedikit bantuan yang kita hulurkan tidak kira dari segi kewangan mahupun tenaga di berikan balasan oleh ALLAH di akhirat kelak. Melihat anak2 yatim dan miskin ini membuatkan hati saya insaf dan bersyukur diberikan kehidupan yang baik dan di murahkan rezeki, saya berdoa semuga rezeki yang ALLAH kurniakan ini dapat saya manafaatkan untuk perkara baik dan mendapat rahmat ALLAH dunia dan akhirat. Amin.


Saturday, 7 January 2012

Padang Polo Ipoh

Kat Ipoh ni, ada satu tempat dikenali sebagai Padang Polo. Ia merupakan taman rekreasi bagi orang Ipoh. Berkesempatan pergi ke sana pagi tadi setelah quite sometime tidak kesana. Satu, sebab malas, kedua, memandangkan I am a weekend wife and mother, raser macam masa spend kat dlm rumah tu suntuk sangat, kalau boleh tak keluar rumah langsung sehingga Isnin, sebab bila fikirkan pagi2 isnin dah kena balik drive ke Lumut dan Monday is always a bz day for me, rasa nak kuar rumah tu malas sangat.

Pagi ni, saya ke padang polo sebab anak dan hubby ajak. tapi saya tak boleh nak buat apa2 kerana kaki sakit, so apa yang saya buat ialah strolling perlahan2, dapat la 2 round strolling. Since tak buat apa2 pun, just jalan2, baru saya perasan perbagai aktiviti rupanya ada di Padang Polo ni.

Ini la tempat di mana saya melihat orang tua2 yang dah pencen meet their friends, chats and exchanging stories, I see too an old folk berbual dengan orang muda, I see many2 races menggunakan kemudahan yang disediakan di Padang Polo dengan aman dan damai. Alangkah bertuahnya rakyat malaysia berbilang bangsa dan agama hidup aman damai di dalam satu negara dan menikmati kemakmuran negara tanpa rasa takut.

Berbanding negara lain yang bergolak dan berperang, tembak sana, tembak sini seperti yang terbaru saya dengar di Yala, suami isteri menaiki motor di tembak.

Di Padang Polo juga ada aerobic, ada taici, ada playground untuk kids, ada facilities regangan, padang yang besar, ada urutan reflexology batu2 yang disediakan, pokok yang banyak dan teduh, penuh dengan kehijauan, ada juga yang mengambil kesempatan berniaga..rupa2nya bila diperhatikan, pelbagai aktiviti ada di Padang Polo ini.

Kebetulan, pada pagi ini, KPJ memberikan perkhidmatan percuma kepada warga yang berkunjung ke Padang Polo untuk memeriksa tekanan darah secara percuma. Alangkah indahnya menjadi warga Malaysia. Trip saya ke Jakarta / bandung pada bulan Dec tahun lepas menyedarkan saya betapa bertuahnya saya sebagai rakyat Malaysia dibandingkan dengan apa yang dirasai oleh golongan susah di Indonesia.

Jurang berbezaan di sana amat ketara diantara yang kaya dan yang miskin, tetapi di Malaysia, kita amat bertuah, kerajaan banyak membantu dan rakyat yang perihatin dan menjaga keharmonian dan berbezaan agama dan keturunan menjadikan raya amat bertuah di lahirkan di Malaysia.

A big area for jogging track

Social service diberikan oleh pihak KPJ untuk rakyat Ipoh

Pokok2 besar, kawasan yang bersih, padang yang besar memberikan keselesaan kepada pengunjung yang begitu ramai terutama pada hari Ahad.

Ada 3 public toilet yang disediakan di sini, amat bersih dan selesa.

Sunday, 6 November 2011

Berbakti kepada anak yatim


Barang siapa mencintai anak yatim, akan dibersamakan dengan Rasullullah SAW di syurga. Maka cintailah anak yatim, dengan mencintai anak yatim, bererti kita mencintai Rasullulah SAW.

Apa sumbangan kita kepada anak yatim? 

Hari ini, saya terbaca satu article menarik yang dilakukan oleh satu rangkaian peruncit di Terengganu dimana rangkaian peruncit ini menjalankan kempen orang ramai membeli barang runcit di kedai tersebut dan mendermakan kepada anak yatim. Bagi saya, ia merupakan satu strategi yang baik dan patut di ikut oleh peruncit2 lain dalam menyediakan pasarana yang santai bagi pembeli yang ingin menderma sedikit barangan keperluan untuk anak yatim.

Sedikit sumbangan amat besar maknanya bagi anak anak yatim yang amat memerlukan bantuan dari kita. Setiap sumbangan walaupun kecil akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah. 


Lawat : rumahanakyatim.com untuk senarai rumah-rumah anak yatim seluruh Malaysia.