Saturday 8 September 2012

Rumah Anak Yatim & Miskin Nurul Iman, Manjoi

Lama tak update blog. Kalau dah tinggal lama macam ni lah, tapi kalau masa tengah aktif, sehari pun boleh published 2,3 new posts.

Bulan puasa yang lalu, saya sempat berkunjung ke rumah anak yatim Nurul Iman, the last time I was there was about 3 years ago. Alhamdulillah, sempena bulan puasa yang penuh dengan rahmat, saya cuba kembali melakukan sesuatu perkara yang baik untuk mendapat keredaan allah iaitu berbakti kepada anak yatim.

Saya amat mengagumi pengasas rumah anak yatim Nurul Iman ni, En. Khairul punya matlamat dan objective yang amat baik untuk kebaikan semua anak2 yatim dan miskin di bawah jagaan beliau. Di kesempatan ini, saya sempat berkenalan dengan Kak Meena & Napisah yang tak jemu2 melayan saya dan suami dan segala soalan2 kami di jawab dengan ramah dan senyuman.

Alhamdulillah, kawan2 sepejabat juga bermurah hati memberikan sedikit sumbangan untuk mereka dan diharapkan kami akan terus dapat berbakti kepada anak yatim dan miskin sebagai sumbangan kecil kepada masyarakat.


Kedudukan Anak Yatim Di Dalam ISLAMDi dalam al-Quran banyak dianjurkan agar anak-anak yatim dibela nasibnya. Perbuatan membantu dan memberi makan anak-anak yatim merupakan perbuatan yang mulia, malah ia di antara keutamaan amalan soleh yang wajar diberi perhatian oleh setiap mukmin.
ALLAH melarang manusia berbuat zalim terhadap mereka. Malah, seseorang yang berlaku zalim, tidak menjaga hak dan memberi makan anak yatim dianggap sebagai mendustakan agama. ALLAH subhanahu wata’ala berfirman dalam surah al-Ma`uun ayat 1-3:
أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِTahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَItulah orang yang mengherdik anak yatimوَلا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِdan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.
Tidakkah di hati kita berasa gerun dan gementar serta didatangi perasaan serba tidak kena apabila membaca ayat di atas?
Walaupun mungkin kita tidak mengherdik anak yatim, dan barangkali tidak terlibat bermuamalah dan berurusan dengan anak yatim, namun janganlah pula kita mengabaikan nasib dan hak mereka untuk terus hidup di muka bumi ini.
Anak-anak yatim ini bukan sahaja hilang tempat bergantung kasih sayang, malah turut juga dihimpit kemiskinan dan kesusahan dalam meneruskan survivalkehidupan yang amat mencabar.
Namun, di tengah-tengah manusia yang alpa dan lalai dari tanggungjawab ini, ada juga sebahagian ahli masyarakat yang telah mengorbankan jiwa, harta, tenaga dan masa bagi membela nasib anak-anak yatim. Sebahagian mereka turut juga mempunyai keluarga, anak-anak, pekerjaan, tanggungan dan lain-lain urusan yang menyibukkan mereka. Namun, mereka masih dapat berkhidmat kepada anak-anak yatim ini.
Betapa sucinya hati mereka. Saya dan barangkali anda juga tidak mempunyai kehebatan jiwa seperti mereka. Dalam kesusahan dan kesempitan wang, mereka masih terus istiqamah membela nasib anak-anak yatim. Barangkali hati mereka telah disinari iman yang terang dengan galakan-galakan dari ALLAH subhanahu wata’ala dan juga dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam.

Kelebihan Membela Anak-anak Yatim
Kelebihan membela anak-anak yatim banyak disabdakan oleh Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam. Cukup dengan hadith berikut sebagai pembakar semangat:
“Aku dan pengasuh anak yatim (kelak) di syurga seperti dua jari ini (Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam menunjuk jari telunjuk dan jari tengah dan merapatkan keduanya.” (HR. Bukhari)
“Demi yang mengutus aku dengan hak, ALLAH tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya…” (HR At-Tabhrani)
SubhanALLAH, sungguh mulia bagi yang menjadi pembela anak-anak yatim. Mereka akan mendampingi Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pada hari akhirat nanti dengan dampingan yang sangat rapat. Bukankah ini menjadi harapan kita?

Semuga sedikit bantuan yang kita hulurkan tidak kira dari segi kewangan mahupun tenaga di berikan balasan oleh ALLAH di akhirat kelak. Melihat anak2 yatim dan miskin ini membuatkan hati saya insaf dan bersyukur diberikan kehidupan yang baik dan di murahkan rezeki, saya berdoa semuga rezeki yang ALLAH kurniakan ini dapat saya manafaatkan untuk perkara baik dan mendapat rahmat ALLAH dunia dan akhirat. Amin.


No comments:

Post a Comment