Showing posts with label Jum Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jum Jalan. Show all posts

Saturday, 14 April 2012

Jum Jalan - Cameron Highlands

Lama tak update blog. Sibuk sangat kat office. Rasa weekend macam nak rehat jer.

Lately kerja kat offica makin banyak, di tambah pulak dengan issue staff. Memang mencabar both physically and emotionally. I have to admit, I m not good in dealing with human issues. Most of the time I will avoid confrontation, I'm just not good at words, either too sharp or too soft. Alhamdulillah, staff issue solved, he was terminated and sent back home (expatriate).

So, just to ease my mind for a while, I thought of releasing it in Cameron. Lama sungguh tak pi cameron. So last weekend, I rented a homestay and invited my sister to join us.

Kat Cameron ni satu jer, raser macam oversea, haha..boleh pakai baju tebal sebab sejuk especially kalau wheather hujan..malam jangan cakaplah, tak cukup blanket nak selimut. Bangunan dia pun tak macam di bawah, dia lebih kepada english type dan ada sesetengah rumah ada chimney..hmm best kan..

Yang best kat sini selain weather dia yang sejuk, food dia macam vegi goreng tepung, jagung, keledek madu, madu lebah etc etc memang best selain vegi yang kita boleh beli fresh dengan harga yang fuh, memang tak dapat la kat bawah tu..For a vegi lover like me, this is heaven.

Some pictures to share, byk picture tak boleh load perhal la pulak camera ni..

Haziq depan homestay
Puncak arabella, homestay kami. Sejuk betul kat atas ni.
Cantik2 bunga kat Cameron ni, memang gila..murah kalau beli di pasar malam

Sunday, 25 December 2011

Jum Jalan - Pasar Pagi Kuala Kangsar

Kuala Kangsar juga di kenali sebagai Bandar Diraja. Seperti Changkat Jering, di sini, setiap pagi Ahad, di tengah2 pekan Kuala Kangsar ada pasar pagi.  Menyeronokkan, ada perbagai barang di jual dari bahan mentah seperti ikan, ayam, daging, sayur2an, buah2an, baju2, tudung, kain ela, segala2nya ada di pasar pagi ni. Harganya pun murah berbanding di Ipoh.

Memandangkan besok masih cuti kerana hari ni hari Xmas, so saya mengambil kesempatan ke Pasar pagi Kuala Kangsar. Perjalanan dari Ipoh ke KK hanyalah dalam 30-45 min kalau mengikut chemor dan sg siput, tapi kalau ikut highway lagi cepat.

Sambil2 tu, kami terus ke Galery Sultan Azlan Shah. Walaupun orang perak, sebenarnya saya tak habis lagi melawat tempat sendiri. Galeri ni pun rasanya baru lagi. Dulu, saya hanya melawat Istana Bukit Chandan & Masjid Ubaidiah.

Di Kuala Kangsar juga terkenal dengan Laksa Kuala Kangsar, yang menggunakan laksa yang dibuat dari tepung beras. Tapi saya kurang skit laksa KK ni, raser macam kuah dia cair dan laksa dia tak kena dengan my taste. Tapi kalau sesiapa hendak cuba, kebanyakkan gerai ada menjual laksa ni.

Ada juga produk dari kuala kangsar yang popular seperti labu sayong dan barang kraftangan yang cantik2 untuk dibawa pulang.

Landmark pasar pagi Kuala Kangsar
titi gantung
ramainya orang terutama hari ni cuti public Xmas
Boleh jugak menyusuri sg kangsar naik boat
kraftangan orang kuala kangsar, popular dengan labu sayong. Dipercayai air dalam labu sayong ada banyak khasiat


Penat jalan boleh menjamu selera di medan selera berdekatan

try pulak rasa mee rebus Kuala Kangsar. Not bad

Mee Kicap
Depan istana lama yang diubah menjadi galeri sultan azlan shah

Landscape dalam galeri

Display items

Pintu depan galeri

Kuih pokkies ni sedap, macam apam singapore

Replica rumah melayu. Ini semua sebahagian cenderamata untuk sultan azlan yang dipamerkan

replika kapal korek

singgahsana

kraftangan berdekatan pasar pagi

bijih timah seberat 25kg

Istana Lama yang telah dijadikan galeri sultan azlan shah