Saturday 19 November 2011

Jum Masak di Rumah - Ikan bawal masak 3 rasa

Jumaat lepas, hubby terkena keracunan makanan akibat makan udang yang dah tak elok dalam nasi goreng. Itu lah, makanan yang paling baik adalah yang di masak di rumah. Di  rumah, kita boleh ensure bahan2 mentah adalah segar, kebersihan di jaga, makanan di serve panas, gula dan garam dijaga dan sebagainya. Tapi, yer lah, sekarang mostly wanita bekerja termasuk saya, jadi, left us with no choice but to buy food outside. Di tambah pulak saya cuma weekend wife, so kadang2 skip masak sebab nak spend more time dengan family.Jadi, solutionnya, makan tengahari, petang dan malam di dapur kedai la jawabnya.

Saya tergolong dalam golongan 'experimental cook', maksudnya, rasa masakan tak consistent sebab jarang memasak. So kadang2 okay, banyaknya tak okay. Tapi bila hubby dan anak yang terpaksa depend pada makanan di luar during weekdays dan kenkadang during weekend jugak, mereka selalu mengadu sakit perut.

Bila yang terbaru hubby cakap dia sakit perut keracunan dah 2 hari, I thought of doing something. Saya ke Popular Tesco Manjung untuk dapatkan buku masakan yang boleh gerenti masakan jadik. So cari punya cari, dapat la buku 1 Hari 1 Resepi oleh Chef Hanieliza. Ada 365 resepi istimewa dalam buku ni, masakan biasa orang melayu dari nasi, daging, ayam, ikan, udang, sotong, kerang, sayur, kuih muih, desert, western food dan macam2 lagi la. Resepi nya mudah dan nampak menyelerakan dari gambar2 yang ada dalam buku tu. 

buku chef hanieliza 1 hari 1 resipi gerenti jadi!!
Kadang2 kononnya nak save, cari jer resepi kat internet la, kat majalah la, pastu pening sebab kadang2 bahan2 resepi tu banyak. Bagi saya, weekend cook, sekali beli pastu next week dah jadi busuk dan terpaksa buang. Dah membazir.

Tapi resepi dari  buku ni untuk small quantiti seperti setengah kilo daging, setengah ekor ayam, 3 ekor ikan etc etc. So family kecil like mine, memang memerlukan resepi dalam quantity yang sebegini, coz for me, kalau saya pandai2 split resepi kepada 3 bahagian, end up memang tak kan jadik punya.

Anyhow, back to the recipe book 1 hari 1 resepi tu, harganya RM35.00 penuh dengan illustration. Ada jugak basic penerangan tentang bahan2 dan alatan dapur. So hubby pun boleh follow the resepi dalam buku ni. Hari ni, saya cuba 3 resepi dari buku ini, Bawal Masak 3 rasa, Asam Rebus Ikan dan kerabu daun selom. Semua jadik, alhamdulillah..Tapi for today, saya sharekan satu resepi dari buku ni yang saya dah cuba tengahari tadi iaitu Bawal 3 rasa, dan hubby said, much better dan tastier from the last time I cooked, anak, as usual la, not much comment..

Ikan Tiga rasa
Bahan A
1 ekor ikan bawal
1 sudu makan tepung jagung.
(goreng)

Bahan B
3 biji bawang merah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia
(untuk ditumis nanti)

Bahan C
Sos tomato, sos cili dan sos tiram setiap satu 3 sudu besar
1 camca teh gula + 3 sudu air
(semua ni di campur untuk dijadikan sos)

Bahan D

1 pokok daun bawang
2 cili merah dan 2 cili hijau dihiris
2 biji tomato di potong empat
(ini penghabisan untuk hiasan)

Cara2
1. Goreng Ikan sehingga garing dan kuarkan.
2. 2 sudu minyak panaskan, dan goreng bahan B
3. Masukkan sos seperti bahan C tadi dan biarkan mendidih
4. Masukkan bahan hiasan dan tutup api
5. Curah atas ikan.

Hasilnya :




No comments:

Post a Comment