|
Dalam ERL, Haziq first time taking ERL. Me, dah muak dah sebab dulu, kerja banyak ke Sabah & Sarawak dan selalu commute via ERL |
|
Airport decoration sempena XMas |
|
Haziq with big teddy |
|
Another shot Haziq with big teddy |
|
This is the boeing MH0721 yang akan membawa kami ke Jakarta |
|
Another shot of airplane models |
|
Lunch in the air. For hubby, he chose nasi + ikan, for me briani..served with chicken dan some side dish like cadbury chocolate and stim chocolate cake, very full. |
|
Magnum taken in the air. A surprise. |
|
Cadbury on the wheel. Love all the attractive marketing strategies |
|
Form that we need to fill up for Immigration purposes, given during check in . Boleh fill up in the flight before touch down |
|
Kami meninggalkan KLIA untuk meneruskan penerbangan ke Jakarta |
1.55pm : Alhamdulillah, flight yang dijangka bertolak pada pukul 1:55pm tepat pada waktunya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam dari KLIA ke Soekarno-Hatta Airport, Jakarta. Kami dijangka tiba di Airport Soekarno-Hatta, Jakarta pada pukul 2:55pm waktu tempatan. Waktu di Indonesia adalah sejam lebih awal dari di Malaysia.
Lunch kami disediakan oleh pihak MAS, nasi briani ayam bersama kek chocolate kukus and chocolate cadbury dan fresh orange on request. Woww..tak sangka dessert kami diberi ice cream magnum.
Perjalanan 2 jam tidak terasa langsung dan alhamdulillah, kami tiba di airport Jakarta tepat pada jam 2.55 waktu tempatan.Agaknya excited sama kut, sbb its been 3 years since our last oversea trip dan banyak cerita best yang kami dengar tentang jakarta & bandung, so cant wait to experience them ourselves.
|
Avanza ready to send us to Alpine Hotel |
|
Long queue waiting for immigration check point. No camera, nasib baik tak kena tangkap snapping picture. Since it is Friday, we were told not many people yet in the airport, numbers increased during weekends sbb bukan setakat orang Malaysia, locals pun banyak yang masuk ke Jakarta & Bandung during weekends. |
|
Ini lah golden bird car rental in the airport. Actually, kat luar airport tu, boleh dapat teksi lagi murah. Airport taxi ni ratenya mahal la skit. |
|
Caption on Jakarta Airport right after out from Immigration. Small airport compare to KLIA and skit2 macam2 Kuching airport jer rasernya. |
|
Baru touch down di Soekarno-Hatta Airport, Jakarta. First signboard that says 'welcome to indonesia' |
|
Hubby is making a deal with the taxi service provided. Rate is fixed so negotiable is out of the question. |
Memandangkan flight kami yang sepatutnya terus ke Bandung telah dibatalkan oleh pihak MAS, kami disediakan land transport untuk membawa kami terus ke hotel di bandung. Kami dimaklumkan sebulan awal dari tarikh perjalanan yang MAS telah menamatkan perkhidmatan terus ke Bandung dan sekarang perkhidmatan hanya ke Jakarta and akan menggunakan land transport ke bandung.
Sesampainya di airport Jakarta, pihak MAS telah sedia menanti untuk menguruskan perjalanan darat ke Bandung. Rupanya ada 2 groups yang mengalami penukaran flight, one is 3 of us, the other is rombongan cik kiah dalam 14 orang dari KL tak silap.
Since dah sampai Jakarta, kami telah menukar plan trip untuk tinggal di Jakarta selama 2 hari dan kemudian meneruskan perjalanan sendiri ke bandung. Kami telah memaklumkannya kepada pihak MAS Indonesia dan pihak MAS hanya akan menjemput kami dari bandung apabila tiba hari untuk bertolak balik ke Malaysia.
Alhamdulillah, segalanya terurus dan kami terus mencari teksi ke Alpine Hotel, Jakarta. Teksi yang kami naiki adalah Golden Blue Limousine, iaitu anak syarikat Bluebird untuk perkhidmatan teksi (disebut taksi) di airport. Kami dicharge Rp170,000 iaitu lebih kurang RM50.
TIP : Diluar airport juga ada taksi yang tersedia, lebih baik ambil teksi 'bluebird' atau 'cipaganti' di luar.Kedua taksi ini menggunakan meter (atau disebut argo di sana) dan sangat reliable. Saya rasa harganya lebih murah dari yang di ambil di dalam airport kerana dia dikira exclusive. Macam rate taxi airport malaysia jugak.
TIP : Jika kita menggunakan e-ticket, print slip tu untuk record. begitu juga jika booking hotel melalui agoda, dinasihatkan print untuk memudahkan urusan. Simpan semua rekod perjalanan, resit2 sehingga kembali ke Malaysia.
Booking di Agoda adalah reliable. rate yang ditawarkan juga lebih rendah dari published rate. Setibanya kami di hotel, kami terus menunjukkan slip reservation dan di dalam record hotel, telah tersedia nama kita. Urusan check in hotel amat mudah.
Hotel Alpine (disebut alpin) adalah hotel lama, dirasmikan pada tahun 1995. Hotel ini terletak di Jalan Gunung Sahari Raya di Jakarta Pusat, lebih kurang 25 -30 minit dari airport Jakarta. Kelebihan hotel ini ialah kedudukannya yang terletak amat hampir ke MONAS lebih kurang 15 minit sahaja dan di sekitar tempat2 lawatan (disebut wisata di indonesia). Bilik clean dan besar tapi hotel lama, ada jugak nampak lipas kecil merayap. Tiada kemudahan electrical kettle or drinks disediakan tapi disediakan air panas diluar hotel dan boleh diisi di dalam flusk yang disediakan. Tiada 3 in 1 drinks or whatsoever, so
TIP : sesiapa yang kaki nescafe like my hubby, bawaklah spare 3-in-1 nescafe ke dari Malaysia. Nak beli pun ada dijual dalam 1 ringgit.
Setibanya di Alpine, rehat sebentar dan pekena sebotol teh botol sostro dari mini bar yang rupanya 5x ganda dari harga diluar. Brand yang kami minum Sebaik menunaikan solat asar & zohor jamak, kami mengambil teksi ke Mangga 2. Mangga 2 adalah shopping complex di Jakarta yang dikatakan menjual barang dalam harga yang murah. Ingatkan macam shopping complex di Malaysia tapi rupa-rupanya, rata2 di sini, shopping mallnya terdapat outlet2 kecil sahaja.
|
Our room at 7th Floor |
|
Terus 'streching' kat hotel |
|
Teh botol ni 3x ganda kena bayar sbb ambil dari minibar. Brand ni tak sedap macam minyak lenga rasanya |
|
toilet hotel, bersih cuma lama..pintu pun bawah dia dah terkopak |
|
toilet bersih, facility very basic |
Rata-rata mall (disebut Mal) di Mangga 2 ni terdiri dari outlet2 kecil. Disini ada mangga dua square, mangga 2 besar, kami cover 2,2. Disini ada factory outlet Raja (tak sure mangga 2 square ke, mangga 2 besar) menjual barangan berjemana pada harga yang murah dari di Malaysia. Hubby end up beli Jeans 'Guess' dan tshirt timberland untuk anak pada harga half the price di Malaysia.Design dia pun tak der di Malaysia. Baju untuk kanak-kanak cute2..worth purchase kalau ada anak-anak kecil.
Dah penat ronda2, perut pun dah lapar since our last meal is dalam flight. Kami menikmati makan malam di D-Cost, outlet yang menyediakan seafood, concept restaurant ni ialah menyediakan makanan seperti di masak di rumah. Ia juga membuat penghantaran ke rumah. Even, nasi kami diserve dalam bekas seperti 'sia'.
Kami menikmati ikan gurame stim bawang putih, kepiting soka(isi ketam) masak asin, kangkung belacan, ayam fillet saus(sos) asam manis, es(ais) milo, es coffee cream(kopi susu) dan es kelapa muda. Total Rp123,000 so total dalam sekitar RM40.
|
Jeans dan tshirt timberland dibeli di FO jakarta. Quality is good, not a compromise |
|
Factory Outlet di Mangga 2 |
|
tengah try size jeans |
|
Sempat lagi sembang dengan Pak Deden, kawan husband di Jakarta |
|
Pemandangan dalam outlet. Byk barang branded dan berkualiti. Rugi plak tak beli few more hehe especially the branded
t- shirt macam burberry, gorgio armani, polo dan macam2 lagi la |
|
Pemandangan dari tingkat 2 Mangga 2 mall |
|
Decoration for Xmas, a lot almost everywhere |
|
Shopping mall Mangga 2, baru pukul 6 dah gelap, tapi yer la, kalau ikut malaysia dah pukul 7 pun. |
|
Teh botol ni la paling sedap, brand sostro. Sebotol 3000 rupiah..ni macam teh tarik orang indonesia, almost everyone have meal with teh botol, dan ada juga yang fruity tapi rasa macam bergas.. |
|
Tempat kami dinner dkt Mangga 2 |
|
Tengok bekas nasik tu, dalam 'sia'. |
|
Ayam saus asam manis. Not so much different from Malaysia. |
|
kangkung goreng belacan. Sana panggil balacan, sama jer rase macam di Malaysia |
|
Kepiting soka saus telur asin. Sedap, yang ni lain dari malaysia. Kepiting soka tu isi ketam. |
|
Perut dah lapar ni tapi bini nak tangkap gambar dulu. terpaksa la telan airliur dulu |
|
Haziq favourite time, merajuk tak belikan jam G-Shock, harga lebih kurang macam kat Malaysia jer..tu yang tak beli tu sbb tak sure original ker tak. |
|
Gurame stim bawang putih. Ikan dia fresh. Sana sini talking about gurame. |
|
Local mineral, cheaper dari Aqua. Aqua brand is the best in here |
|
Sampai Jakarta pun cari nescafe ais. |
|
Suasana di dalam restaurant |
|
Kat luar Mall, tunggu teksi nak balik hotel |
|
Sampai dah kat hotel. Ni sajer gambar alpine hotel, itu pun blur. Mengatur perjalanan seterusnya untuk esok. Hmm ke mana ya? |
19th Dec 2011 : Since di sini, siangnya gelap cepat, sekitar 6 petang dah masuk maghrib, jadi kami bercadang untuk menyambung sehari lagi di Jakarta. Selepas mendapat sedikit info dari pekerja hotel, besok kami plan untuk melawat beberapa tempat di sini seperti Monumen Nasional (Monas), Museum, Old Batavia, Taman Impian Ancol (bukan di sebut ankol), Masjid Istiqlal dan Tanah Abang sebelum bertolak ke Bandung.
Banyak tempat2 menarik boleh dilawati di Jakarta selain di atas seperti Sunda Kelapa Harbour, Taman Mini Indonesia Indah Park dan Taman Safari. Kami diberitahu tempat ini di selatan Jakarta dan tidak boleh dicover dalam masa sehari.
Kami juga diberitahu, ada sebuah tempat di kawasan pinggiran (dalaman) yang ada real ikan duyung yang telah dipreserve. Tapi malangnya, tempat tu ditutup pada hari Isnin. Begitu juga Museum. Kami diberitahu juga ada museum yang mempunyai laluan bawah tanah tapi tak berkesempatan memandangkan semuanya ditutup. Disini, kebanyakan tempat wisata(tempat melawat) ditutup pada hari Isnin.
Di Old Batavia ada bangunan2 bersejarah tinggalan Belanda. Kami cuba merasai masakan indonesia yang disediakan di gerai2 tolak disitu. Kami mencuba satey dan tahu gegrot. Satay nya sangat berbeza dari malaysia dan tidak diserve dengan kuah kacang tapi macam kuah kari pun ada dan dibubuh nasi himpit sekali dengan kuah. Not my taste at all..sedap berkali ganda satay malaysia yang memang one of my favourite foods, pi mana2 mesti cari satay.
Kami diberitahu oleh local guy satay tu berharga Rp10,000, tapi bila kami tanya berapa, dia cakap Rp12,000. Disini ada sesetengah penjual suka mengambil kesempatan atas tourist untuk menaikkan harga. Harga juga tidak dipamerkan di tempat jualan jadi senang mereka nak meletakkan harga suka-suka depa. Balik office, member yang berasal dari indonesia cakap, 10 cucuk cuma 5000 rupiah, hmm..
Satu lagi street food yang kami dapat rasa di Jakarta ialah tahu gegrot. Tahu gegrot tu pedas sangat sebab di campur dengan sos yang ditumbuk cili api, orang kat sini suka makan cili api, even kalau beli kuih pun, diberi 3-4 biji cili api. Even di gerai-gerai kecil yang menjual nasi, diletakkan cili api di atas meja. Tapi, saya rasa makanan di indonesia ni manis2, mungkin makanan sunda manis dan padang pedas kut.
Sebelum melawat tempat diatas, pagi tu selepas solat subuh, kami berjalan menyusuri jalan melihat2 kawasan sekeliling. Kesedihan dan keinsafan meresapi perasaan saya kala melihat keadaan tempat tinggal mereka yang kecil, rapat2 namun saya amat terpegun melihat ketabahan mereka menjalani kehidupan seharian dalam keadaan yang gembira jauh sekali mendengar mereka merungut tentang kehidupan. Disebalik kesukaran hidup, saya amat kagum dengan budi bahasa mereka yang banyak membantu kami memberi direction memandangkan kami main redah jer. Bahasa mereka yang lembut dan halus dan ketulusan mereka amat memikat hati saya.
|
Ni keluarga ibuk ipah yang mempunyai kedai kecil bersebelahan hotel alpine yang kami tinggal. Mereka sangat baik dan peramah dan selalu mendengar tentang kehidupan yang selesa rakyat Malaysia. Kami banyak mendapat sedikit pengetahuan tentang kehidupan di sana dari mereka yang menginsafkan kami betapa kami harus bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan. |
|
Ni makanan orang sunda. Rasanya a bit plain tapi pada saya, tak jauh bezanya dengan masakan di malaysia, yang penting ada nasik. breakfast di sini kebanyakannya tempe. nasi lemak di panggil nasi uduq dengan ikan lele (ikan keli) tapi kami tak sempat merasainya. |
|
Sebelum bertolak ke bandung, kami menyusuri jalan2 di jakarta untuk melihat kehidupan di sana. Time masa di lebih kurang pukul 7 pagi |
|
Untuk CIMB account holder, jangan risau, CIMB Niaga kat sini antara yang terbesar. jadi banyak boleh didapati di jakarta juga di Bandung. |
|
Platic Surgery displayed board. macam2 service disediakan, menakutkan |
|
Rumah2 kecil di satu sudut.Ruang yang kecil dan didiami oleh ramai orang. Rumah berdekatan di antara satu sama lain dipisahkan oleh lorong yang kecil. |
|
Sebelum meninggalkan bandar jakara, saya berpeluang menaiki Bajaj. Selalu tengok cerita Hikmah, sekarang merasa sendiri. Maksimum can go in is two at a time. Bayarannya ialah 10,000 rupiah lebih kurang 3 ringgit malaysia. |
|
Bergambar di depan museum ceramic tapi tak dapat nak masuk, hari isnin tutup. |
|
Street singer, punya suara yang bagus tapi kalau nak dia orang nyanyi lama, jangan bagi duit dulu. Kalau dah bagi duit, dia orang terus blah. Bagi la dalam Rp2000-Rp5000. |
|
Ni namanya tahu gejrot, makan muka mesti herot sbb pedas sangat. Nampak tak cili hijau atau tahu tu, tu cili api yang ditumbuk, makan tahu ni memang meleleh segala air hidung dibuatnya. Pedas tapi sedap jugak. Orang cakap street food ni kalau tak tahan boleh sakit perut, alhamdulillah kami tak mengalami apa2. Kalau nak rasa makanan local, terpaksa rasa street food sebab only street food banyak menyediakan makanan orang local. Di Mall, kebanyakan makanan telah dicommercialized untuk tourists. |
Ge |
Kebanyakan gerai adalah kereta sorong sebegini. Even kedai makan dia pun kecil2. Sekecil kedai makan di malaysia, kecil lagi kedai2 di Indonesia, even masa pak supir menunjukkkan kami satu kedai yang katanya, besar perniagaannya, pada pandangan kami, keluasannya hanya sederhana sahaja. Mungkin sewa dan kos nya mahal di sana berbanding di malaysia. |
|
Ni satay yang dijual di old batavia jakarta. Not my taste sbb kuah dia bukan kuah kacang macam kat Malaysia. Satay dia pun rasa lain macam. |
|
Es kelapa muda adik ni memang sedap. I drink a lot of kelapa es di sana, memang sedap dan murah berbanding di Malaysia. Isi kelapanya pun banyak dan manis. |
|
Ni la air mineral aqua yang terbaik di Indonesia katanya, brand Danone, it costs RM1.50 |
|
Suasana di dalam masjid istiqlal |
|
pemandangan dari bilik hotel pada pukul 6 pagi waktu jakarta. Kat sana, subuh pukul 4 lebih pagi. |
|
Masjid ni yang terbesar di Asia Tenggara. Istiqlal bermaksud Merdeka |
|
Sangat Indah dan nyaman di dalamnya. |
|
Gereja besar betul2 di depan masjid istiqlal |
|
Tempat ambil wuduk yang practical. Satu square tu boleh ambil 4 orang jadi tak makan space. |
|
signboard tempat wuduk wanita |
|
kubah indah di dalam masjid istiqlal |
|
Husband & anak menunaikan solat tahiyatul masjid dan solat dhuha |
|
architecture yang indah |
|
pemandangan di bawah diambil dari tingkat dua |
|
Rumah presiden |
|
Add caption |
|
Tempat tunggu tramp untuk ke Monas |
|
Tugu Kebangsaan Indonesia, Monumen Nasional (MONAS) |
|
Orang jual sourvenir di mana2 |
|
kaunter tiket ke Monas dan Museum, dewasa Rp2500, pelajar Rp1,000 |
|
sculpture indah di sekeling tembok di MONAS |
|
Berlatarbelakangkan bandar Jakarta |
|
Garuda kebanggaan rakyat indonesia |
|
Museum Sejarah Nasional di bawah MONAS |
|
Banyak perjanjian ditandatangani di tunjukkan di Museum |
|
salah satu sejarah dicatat di Museum Nasional |
|
Sini di tengah museum pun orang baring2 lepak2 selamba jer |
|
Kat Jakarta, traffic is crazy, orang indonesia panggil macet maksudnya traffic jam |
|
Gerai serabi (serabai kalau disebut di Malaysia) di tengah medan selera lantai 8 tanah abang |
|
Dijual beraneka 'street food' di dalam mall tanah abang |
|
orang melayu mana boleh tak makan nasik tengahari. Nasi padang selalu menjadi pilihan. |
|
Bahagian paling atas lantai (tingkat) 8 di tanah abang |
|
Ntah la tak tahu maksudnya rawon setan tu. |
|
Makan kat mall memang mahal. |
|
Ni namanya serabi keju, di letakkan chocolate rice and cheese dan diserve dengan santan + gula merah. Sedap jugak. |
|
Haziq non stop minum teh botol sostro, mula2 tak suka, sekarang dah tak boleh lepas. |
|
Free promosi for teh botol sostro |
|
kedai makan simpang raya yang menjual nasi padang. |
|
Satay pun ada, tapi tak try pun |
|
Ni CFC (Chicago Fried Chicken) bukan KFC, diserve dengan nasi. |
|
Pemandangan di salah satu tingkat di tanah abang. |
|
Kain-kain lace beranika di sana, very nice. kalau yang bukak butik pengantin tu memang sesuai datang sini. |
|
Macam2 ada, you name it. |
|
Cari selipar untuk Haziq, dia dah sakit kaki pakai kasut. |
|
Macet is everywhere |
|
Rapat2 jer kereta ni. Traffic jem di Jakarta teruk sangat especially peaktime |
|
Orang berniaga tak ingat tempat, this guy berniaga dah masuk kawasan jalan bukan border jalan. |
|
Di jakarta, macam2 bank ada, ni salah satu bank yang ada. |
|
Peniaga jalanan mencari rezeki. Sian kat orang indo ni dia orang memang survive habis. |
|
Macam2 dia orang jual, biskut, air, mainan, topeng you name it. tapi ada jugak orang yang beli. |
|
Posing di taman Impian Jaya Ancol. Tak masuk pun, mahal dan rasa tak worth it. Di Malaysia pun banyak |
|
Nescafe again...as usual |
|
Mechandize di jual, but nasihat, jangan beli, mahal, haziq beli I love Jakarta Rp40,000, kemudian kami dapat cuma Rp25,000 sajer |
|
Ni tak sure apa, macam muara laut jer |
,
|
Lupa lak nak tanya pak harjono aper kebenda ni |
|
Di Old Batavia, belakang tu kantor governer belanda |
|
Peninggalan bangunan belanda |
|
Orang tempatan pun ramai di sini |
|
Disediakan basikal untuk di sewa, ada 2 orang, 3 orang, siap dengan topi tu |
|
Another old building peninggalan belanda |
|
Gerai tolak banyak di sini |
|
kayuh jangan tak kayuh |
|
nak try gak. |
|
Haziq really enjoy cycling here. |
|
batavia ialah nama lama Jakarta |
|
another building peninggalan belanda |
|
Haziq carry mak dia..terjerit-jerit maknya takut |
|
Posing dengan taukey sewa basikal siap dengan topi belanda |
|
Indomaret ni macam seven eleven malaysia, tapi tak sure dia bukak 24 hrs ker tak. |
|
Ni la satay yang ambil kesempatan atas tourist, tambah Rp2000 tu |
|
Museum di sekeling old batavia, even ada museum bawah tanah. Cuma posing di luar kerana hari isnin tutup |
|
'street singer' merata-rata di jakarta, they make money by entertaining tourist tapi suara bagus |
|
gerai tahu gejrot yang meleleh semua air hidung dibuatnya. Pedasssss |
|
satay yang tak meet my taste. Sedap lagi satay malaysia |
|
Es kelapa ni memang sedap. |
|
Ni la rupa tahu gejrot, nampak tak cili api ijau kat atas tu..fuh... |
Setelah 2 hari di Jakarta, tibalah masanya kami meninggalkan kota yang penuh dengan cerita tersendiri ini untuk menuju ke Bandung. Memandangkan agenda kami lebih kepada 'site seeing', kami merasakan perjalanan ke bandung menaiki keretapi lebih menarik daripada kereta. Lagipun, bila kembali dari bandung ke Jakarta, kami terpaksa menaiki transport yang disediakan oleh pihak MAS.
No comments:
Post a Comment