Saturday 19 November 2011

Makan di Stesen Keretapi Tanjung Rambutan

Bila dengar jer nama Tanjung Rambutan, kebanyakan orang akan gelak or at least smile. Ye la, sebut tanjung rambutan, orang akan associate it with orang gila atau istilah yang lebih baik, orang sakit mental. Even, dalam surat beranak saya pun, tempat lahir saya di tulis tanjung rambutan. Dulu kat sekolah, kawan-kawan akan ketawa tengok surat beranak saya, dia orang cakap saya di lahirkan di hospital orang gila.

Tanjung Rambutan is just a small town, tak da tempat menarik nak lawat pun. Tak banyak perubahan dari segi pembangunan, terletak outskirt of Ipoh berdekatan Sunway Lost World Tambun yang popular tu, about 20 minutes drive. Memang ada hospital mental kat sini, landmark paling popular. Hospital tu pun dah ada kolej kejururawatan di dalamnya. Hospital tu dikenali sebagai Hospital Bahagia, memang bahagia pun, dalam tu suasana tenang, kawasan dia luas, orang awam dibenarkan drive masuk tapi tak nampak la cell tempat pesakit tinggal.

Walaupun pekan kecil, tapi sebenarnya town ni quite padat dengan penduduk. Kebanyakkannya adalah penduduk yang bekerja di hospital tu, hospital attendant, nurses etc etc. Tak ada lah shopping mall tapi adalah basic keperluan penduduk seperti kedai-kedai, bank cimb, bank simpanan nasional, post office, market dia best sangat2 pack setiap pagi dengan ikan dan lain2 yang segar.Setiap hari ahad, ada pasar pagi dekat market. Kalau time bulan puasa, fuh jem jalan tu dengan kenderaan yang membeli juadah berbuka.

Nak cari kedai makan yang best2 sekitar tanjung rambutan tak der la..yang top pun,  mungkin restoran Mat Perak di Batu 8. Kalau nak KFC, Mc Donald, Pizza Hut, Oldtown semua tu kena keluar skit dari tanjung rambutan ke pekan berdekatan seperti Sunway, Bercham, Tambun etc.Kalau kat Ipoh, u name it la..macam2 ada, tapi kat ipoh belum lagi la jumpa Dome, Chilies, Nando etc macam KL.  You can get almost everything in KL, tak payah pi oversea, everything is there in KL, syurga makanan. I love Hotdog 1901 dan Bon Bon kalau kat KLCC.

Back to Tg Rambutan, living in a small town, kenkadang pening jugak nak cari makan kalau malas nak keluar jauh. Tapi ada satu tempat yang boleh la lepak jugak iaitu di Stesen Keretapi Tanjung Rambutan. I was being told tak der lagi keretapi berhenti di stesen ni, cuma pass through jer.

Tak macam stesen keretapi Kluang yang popular dengan Kluang Railway Station restoran yang ada kopi dia yang best, roti bakar, roti stim macam2 ada, kat stesen keretapi tg rambutan tak der la macam tu..Kat sini, ada di jual nasi lemak, roti canai, nasi goreng, mee goreng mamak, pasembor, kuih muih dan minuman. Tak banyak difference dari kedai2 makan lain dari segi type of food served, tapi di Pekan Tg Rambutan yang kecil ni, kira sedap la untuk orang yang tak cerewet sangat. Ramai jugak yang makan di situ terutama student kolej perubatan, pekerja hospital dan penduduk setempat.

Bukan la tempat standard for certain people, tapi orang kampung macam saya ni, well, can do la..lepak2 tengok keretapi lalu sambil2 pekena teh tarik di waktu petang..okay ajer for me.




Stesen Keretapi Tanjung Rambutan

Tanjung Rambutan, Perak


Depan kedai stesen keretapi tg rambutan. Orang tunggu nak bungkus mee mamak. 

Roti canai stesen keretapi, panas dan lembut.

Mee Goreng Mamak, my hubby's favourite.

Gerabak barang Lafarge lalu masa tengah makan.

No comments:

Post a Comment