Monday 2 January 2012

POKOK IPOH

Sapa pernah tengok pokok Ipoh?

Saya yang dilahirkan di Ipoh, kemudian tinggal di Penang selama berpuluh-puluh tahun dan kembali ke Ipoh sebenarnya tak tahu pun ada pokok Ipoh di sini. Pokok Ipoh ni rendang, daunnya kecil-kecil dan tumbuh di dahan yang seperti kepak. Pokok rendang ini sangat sesuai berteduh dari panas kerana dia seperti pokok ceri yang banyak daun2 menghalang direct sunlight.

Hari ni, kami lunch di Taman Kanak-Kanak di Ipoh, berdekatan dengan SSF dan Kamdar. TKK ni adalah medan selera yang boleh didapati quite local hawker food macam popia SA Ali, Sate Endut, Sup Darus, ais kacang, leng chi kang dan macam2 lagi in one centre. Ipoh ni tak macam Penang, Penang ni pada saya syurga makan, sampai tak tahu nak makan apa sebab banyak sangat tempat best2.

Ipoh ni, kureng sikit la..but at least di TKK kita boleh dapat beranika makanan yang sedap dan lain dari restoran2. So Kalau sapa2 ke Ipoh, jangan lupa singgah ke TKK, most of the gerai dibuka dari jam 6 petang ke pagi.

Ni la pokok Ipoh yang banyak terdapat di Taman Kanak-Kanak Ipoh.

No comments:

Post a Comment