Saturday 12 November 2011

Lawatan ke Pulau Langkawi Hari 2 (Part 1)

Hari kedua, almost half day abis island hopping. Kami diberitahu, kalau nak snorkling, kena satu hari. Rasanya tak sempat sebab banyak lagi tempat nak cover dalam 3 hari trip ni, jadi kami ambil keputusan untuk island hopping jer.


Lepas breakfast kat gerai berdekatan resort, kami tunggu van untuk pick up kami ke pantai yang jadi check point naik bot untuk island hoping ni. Untuk island hopping, kami kena bayar RM28 seorang. Bring spare baju sebab kat Pulau Beras Basah boleh mandi, air memang cantik dan clear, tak tahan tengok kalau tak mandi.



Island hoping package yang kami ambil cover 3 islands, tasek dayang bunting, eagle feeding kat Pulau Harimau dan Pulau Beras Basah. Tasek Dayang Bunting memang amazing, cantik. 
Untuk ke Tasek ni, kena jalan skit dari Jetty tu, boleh tahan jugak penat bila sekali sekala kena exercise. Tapi bila sampai tu berbaloi la, udara nyaman, pemandangan indah. Ada paddling boat tapi masa kami sampai hujan rintik so tak dibenarkan aktiviti ni, bayaran untuk boat paddling tu RM30 for 20 minit tak silap la.


Lepas tu, kami bergerak pulak ke Pulau Harimau untuk eagle feeding. Ingatkan kami yang feedkan eagle tu, tapi yang sebenarnya, kami cuma stay kat boat, boatman tu akan baling makanan burung which I rasa udang kut, dalam air dan eagle tu akan datang beramai-ramai. Boleh la nampak eagle in close view, dan tangkap2 gambar. Besar2 dan banyak jugak helang kat situ.


Selepas tu kami bergerak ke Pulau Beras Basah. Pulau ni pantainya memang cantik dan indah sekali. Airnya biru, bersih, pasirnya halus, kalau ikutkan hati mau jer mandi di situ. Tapi memikirkan tempat persalinan tidak disediakan, terpaksa lah cancel hasrat hati. Cuba hubby dan anak jer yang mandi dan main pasir di situ. Rasanya dalam sejam lebih jugak kami di pantai tu dan kemudian kami diambil oleh bot tu untuk kembali ke pulau langkawi.



Breakfast di Langkawi


Tunggu bot untuk Island Hopping. Belakang tu ada few boats untuk group lain. Langkawi ni banyak small2 islands.



Ada 8 orang dalam boat ni, selesa jugak dan laju.






Membelakangkan Tasek Dayang Bunting, Memang cantik dan menakjubkan. Tasik ini terjadi akibat keruntuhan gua di situ yang menjadikan dia sebuah tasik.






Azmy go for free Foot Spa dengan ikan keli. I tried too, takut dan geli, but ikan tu tak gigit pun. Need some courage to  try anyhow.








Ini baru dekat Jetty belum lagi Tasik dia, kena jalan masuk naik turun tangga ke Tasek Dayang Bunting.
Signboard kat Tasek Dayang Bunting, banyak aktiviti disediakan di tasik tu, boat paddling, solar boat dan kayaking.
Island feeding, banyak eagle terbang tapi somehow tak dapat nak captured.
Haziq with dad main pasir di Pantai Beras Basah. Anak lagi besar dari bapak. Pasir halus dan bersih.
Perjalanan di teruskan selepas ini - More exciting places visited....

No comments:

Post a Comment