Saturday 12 November 2011

Lawatan ke Pulau Langkawi Hari 2 (Part 2)

Lawatan Island Hopping abis dalam pukul 1, perut memang lapar so kena makan dulu sebelum meneruskan lawatan untuk hari ke 2. Kami lunch di gerai makan berdekatan Beras Terbakar. Di situ, ada banyak gerai-gerai cenderamata yang boleh dibeli. Kami cuma beli minyak gamat dan kain batik sebagai ole ole di bawa pulang. Tak banyak gambar di ambil kat situ, mungkin penat lepas island hopping kut.

Selepas tu, kami terus ke Makam Mahsuri dan Telaga Tujuh. Makam Mahsuri sangat lain dari yang saya pernah lawati years ago. Masuk kena bayaran tak ingat berapa, dalam RM2 hingga RM5 seorang kut.Disitu, ada muzium, ada rumah pandak maya, rumah mahsuri dan rumah2 orang yang terlibat dalam kisah Mahsuri. Ada juga lesung beras zaman dulu. Cantik dan mengingatkan saya tentang kesusahan orang dulu dulu yang tidak ada banyak kemudahan pada masa itu. Di Makam Mahsuri ada juga di jual produk produk langkawi. Kalau tak sempat beli di Beras Terbakar, boleh jugak dibeli di sini.

Di Telaga Tujuh, kami tak naik sampai atas, dah tak larat dah. Kami cuma mendaki sampai kawasan air terjun dan patah balik. So tak tahu la apa yang diatas sana. Cuma di bawah ada dituliskan kisah telaga tujuh dipercayai turun puteri mandi di sana.



Memandangkan besok kami akan balik dan banyak lagi tempat2 menarik yang belum dilawati, selepas telaga tujuh, kami terus ke Dataran Helang untuk mengambil gambar kenangan di Pekan Kuah. Satu lokasi yang tak boleh di lepaskan oleh sesiapa saja yang berkunjung ke Langkawi. Kat situ memang banyak posing especially Haziq, tapi landmark dia saja jer la sekitar Dataran Helang tu. Shiny and Windy, tapi memang menarik.


Malam tu, pergi Idaman Suri, shopping pinggan mangkuk, fuh..memang giler..Corelle latest design kalau kat luar RM600, sini dpt dalam RM400 dan few good quality pinggan mangkuk. Kat sini jer spent almost 2 jam. Chocolates pun banyak choice cuma tak tangkap gambar langsung masa kat sini, sibuk shopping agaknya. Chocolates shops banyak kat Pekan Kuah, dari segi harga rasanya tak banyak beza diantara satu kedai dan kedai yang lain, but..still murah disini.


Petikan sejarah beras terbakar.

Beras terbakar

Teratak Sri Tama.

Taman Haiwan di Beras Terbakar

Teratak Sri Tama Kediaman Penglima Hitam di Beras Terbakar

Bab posing bagi la dengan Haziq

Haziq di  'celah2' Langkawi

I like this picture, the background and everything. Saja bagi besar skit.




No comments:

Post a Comment