Saturday 12 November 2011

Lawatan Ke Pulau Langkawi Hari 3 & Terakhir

Hari Ke 3 adalah hari terakhir kami di Langkawi. Memandangkan flight kami pukul 3 petang, kami mengambil kesempatan untuk melawat 2 lagi tempat yang belum dilawati iaitu cable car dan water world. Semalam petang dah datang around pukul 3 tapi disebabkan keadaan cuaca dan angin tidak mengizinkan, so cable car diberhentikan. So, saya cadangkan kalau nak naik cable car ni, make it a priority agenda sebab perkhidmatan dia bergantung kepada cuaca dan angin, kalau cuaca tak elok, perkhidmatan diberhentikan bila-bila masa atas faktor keselamatan.

So to ensure that we could catch this cable car, pagi-pagi lagi kami dah terus check out dari Resort. Sampai kat cable car pukul 8:30 pagi, ingat dah  terrer dah rupanya dah long line, rupanya tak cukup  terrer sebab ramai lagi family yang dah beratur di sana lebih awal walaupun counter hanya di buka pukul 9:30 pagi. But worth waiting though. Alhamdulillah dapat jugak naik up to Puncak Gunung Mat Cincang. Nice view from above. Kalau sesiapa yang banyak masa, spend a bit more time up there, sejuk, pemandangan yang sangat indah, berdiri in between 2 hills, gayat jugak tapi very nice experience. Bangga dengan Malaysia.

Lepas turun ke bawah, kami nampak long queue, fuh, sampai ke gerai berdekatan panjangnya. Kami terpaksa hurry ke Water world. By the way, resort tempat kami tinggal Mali Perdana Resort tu actually sangat dekat dengan Water World. Cantik dan crazy tengok semua binatang di dalamnya especially the Penguin, so cute. Actually kami ada ambil banyak video camera but I am not sure how to onload here.

Macam2 binatang air yang kita tak dapat tengok di mana-mana. Memang melekakan. Impressed. Kalau la tak payah rush ke Airport hari ni, rasanya macam nak spend berjam jam di sini. Tapi banyak ambil video dari gambar di Water World. Cuba gambar penguin jer sebab cute sangat tengok dia orang lompat.

Insyaallah, kalau ada rezeki, akan datang ke sini lagi. Especially the shopping part..gila tengok pinggan mangkuk dan chocolate yang murah2. Unfortunately tak der photo to share masa shopping.

Schedule untuk naik cable car



In queue sementara nak naik cable car. Panjang betul..



At last, our next  turn untuk naik cable car after about 20 minit in queue.


Haziq dalam cable car




Pemandangan sebaik meninggalkan station


Selamat sampai di Puncak Gunung Mat Cincang

Jambatan di antara 2 gunung, diambil dari cable car

Permandangan dari atas Jambatan

Bersama Haziq di tengah2 jambatan Gunung Mat Cincang. Muka Haziq masam sebab dia takut gayat.


Gambar bertiga tak banyak, nasib jer kalau ada orang tolong tangkapkan.
Haziq ready for flying fox
Selamat sampai di other side of the bridge.

Bapak tumpang sekaki posing dengan helmet jer

Penguin di Water World.


Kumpulan Penguin, yang ni kalau tak silap, kat sini ada 2 species, tak ingat la nama dia.

No comments:

Post a Comment