Sunday 30 October 2011

Sakratul Maut - Bersediakah Anda Menghadapinya?

Hari Ahad adalah hari santai untuk saya, samada memasak untuk family, shopping, visit my parents or inlaws, eat out dari breakfast, lunch to dinner to watching my favourite movie sambil lipat kain. As a working wife and mum yang bekerja 5 1/2 hari setiap minggu, rasanya hari Ahad ialah 'My Day', hari di mana I want to do everything my heart wishes sebelum tibanya hari Isnin, where the work cycle starts again.

Petang ni, I am very happy my mum and sister in law datang melawat. Dapat lah jugak saya menjamu mereka dengan makan tengahari dan ais lemon tea. Tengah seronok berborak-borak dari satu topic ke satu topic, tiba-tiba kami mendapat panggilan yang amat menyedihkan. Datuk sebelah suami telah kembali ke Rahmatullah. Sedih dan hiba terasa terutama suami, adik ipar dan ibu mentua yang begitu rapat dengan arwah. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan diletakkan bersama dengan orang-orang yang mukmin. Amin Ya Rabbal Alamin.

Bersediakah kita menghadapi sakaratul maut? Apakah bezanya hari ini dengan hari esok? Sakaratul maut merupakan sebuah pertarungan dahsyat. Allah Azza wa Jalla telah menetapkan kematian ke atas seluruh makhluk yang hidup.

Firman Allah :

Semua yang ada di bumi itu akan binasa, dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan (Surah Ar-Rahman :26-27)

Kematian dinamakan 'si pencabut seluruh kesenangan' kerana ia dapat memisahkan antara seseorang dengan apa yang dicintai, sama ada harta mahupun anak tersayang, dan mendatangkan malapetaka yang besar sehingga dia dicampakkan ke dalam liang lahad yang gelap gelita.

Nabi SWT bersabda :

Orang yang sentiasa mengingati kematian, maka hartanya yang sedikit akan dianggap sudah banyak. Sebaliknya (orang yang tidak mengingati kematian) jika hartanya banyak, maka dia berasa masih sedikit.

Buku Sakaratul Maut Bersediakah Anda Menghadapinya? tulisan Dr. Aidh Abdullah Ar Qarni mengupas isu ini dengan baik sekali dengan bahasa yang mudah di terjemahkan oleh Nor Hasanuddin.
Harga 39.00 hard bound. Saya bukan memiliki toko buku atau bekerja di MPH atau Popular, cuma insan biasa yang suka membeli buku bila persoalan datang di fikiran. Namun, banyak2 buku yang saya baca, hanya buku bercorak keagamaan yang saya selalu ulang membaca tanpa rasa jemu, berbanding novel yang hanya di baca sekali dan disimpan di atas rak buku.

No comments:

Post a Comment