Sunday 25 December 2011

Hotel di Jakarta / Bandung

Jakarta dan Bandung adalah dua kota besar di Kepulauan Jawa Barat, Jangan risau untuk mendapat hotel di sana, memang banyak. Cuma yang membezakan antara satu sama lain adalah dari segi location dan rating samada 2 star, 3 star or 5 star.

Hotel booking juga boleh dibuat online melalui www.agoda.com dengan harga yang lebih murah dari published rate dan boleh baca review pengunjung yang pernah stay di situ. Confirmation booking akan diemail kepada anda. Jangan lupa untuk print confirmation slip itu dan tunjukkan pada frontdesk apabila anda check in nanti.  Ia amat membantu.

Di Jakarta, kami tinggal di Alpine Hotel (disebut Alpin) terletak di Jalan Gunung Sahari Raya. Hotel ni terletak agak jauh dari Bandara (airport) Jakarta lebih kurang 25 -30min drive. Hotel ini telah dirasmikan oleh President Soekarno pada tahun 1995 jadi hotel ini agak lama, interiornya juga lama seperti keadaan hotel 2 star di Malaysia. Harga penginapan untuk sehari ialah Rp380,000

Yang bagusnya, kedudukan hotel ini amat berdekatan dengan tempat2 wisata seperti MONAS (Monumen Nasional), Old Batavia, Taman Mini Ancol, Sunda Kelapa Harbour, Masjid Istiqlal and Stasiun Gambir.

Ke selatan Jakarta juga terdapat Tanah Abang, Taman Mini Indonesia Indah Park & Taman Safari. Kami hanya berpeluang ke Tanah Abang kerana kesuntukan masa dan area yang dicover oleh Pak Supir hanya berdekatan dengan Kota Jakarta Utara.

Di bandung, kami tinggal sehari di Cherry Home terletak di Jalan Babangan Jeruk berdekatan dengan Mall. Hotel ini hotel baru, cantik, interiornya lebih moden dan service nya lebih baik dibandingkan dengan Alpine Hotel di Jakarta.

Yang tak bagusnya CherryHome ini ialah kedudukannya yang tidak di jalan besar dan lebih sesuai kepada yang mempunyai kenderaan sendiri. Kami terpaksa berjalan lebih kurang 5-10 minit untuk ke jalan besar dari Hotel ini untuk mendapatkan teksi. Breakfastnya slightly better dari Alpine Hotel Jakarta dimana diserve juga fresh omellete. Penginapan semalam di hotel ini ialah Rp315,000. Selain dari itu, tiada yang menariknya tinggal di sini.

Disebabkan faktor tersebut, kami mengambil keputusan untuk berpindah ke Hotel Guntur di Jalan Ottoiskandarinata. Hotel ini amat berdekatan dengan Pasar Baru dan Stasiun Keretapi Bandung. Juga untuk ke Jalan Dago, terdapat stesen Angkutan Kota dengan bayaran Rp2500 seorang.

Hotel ini memang ramai orang Malaysia tinggal di sini memandangkan ia berdekatan dengan tempat favourite rakyak malaysia berbelanja iaitu Pasar Besar. It is just a walking distance untuk ke sana. Sangat convenient memandangkan kawasan itu sangat padat dengan traffic.

Hotel Guntur dikategorikan sebagai hotel mahal di Bandung. Penginapan sehari adalah Rp370,000 dan anda dipaksa mengambil extra bed pada harga Rp100,000 jika tinggal 3 orang sebilik. Breakfast is lousy. Di hotel jakarta dan bandung, saya boleh katakan breakfast yang disediakan tidak bagus langsung, even hotel 2 star di malaysia menyediakan breakfast yang lebih baik. Jadi, dont hope so much.

Terdapat juga banyak hotel yang lebih murah di sekeliling Hotel Guntur ini. Anda boleh membuat pilihan sendiri. Di Jalan Dago, Jalan Riau yang berdekatan dengan Factory Outlet juga terdapat banyak hotel2 dan saya rasa tak banyak bezanya hotel 2 star dgn hotel 3 star di sini. Mungkin hotel 5 star lebih baik seperti di Aston, Hilton, I cant comment much sebab tengok dari luar jer.

Untuk yang budget limited dan dalam group yang ramai, guest house lebih baik dan dinasihatkan survey dalam internet.

Based on my experience to Bandung/Jakarta, boleh saya katakan pemilihan hotel adalah bergantung kepada lokasi dan budget anda dan tak banyak bezanya antara hotel murah dan hotel mahal kecuali hotel yang bertaraf international seperti Hilton, Aston, Le grandeur etc.

Yang penting, buat survey dulu dalam internet dan baca pengalaman orang lain. Gambar2 di agoda.com tu nampak jer cantik tapi yang sebenarnya biasa jer.

No comments:

Post a Comment