Sunday 25 December 2011

Epilog Perjalanan - Jakarta / Bandung 18/12/2011 - 23/12/2011 (Part 2)

20th Dec 2011 : Kami tiba di Stasiun Bandung pada jam 11 pagi setelah hampir 3 jam perjalanan dari Stasiun Gambir di Jakarta ke Stasiun Bandung. Perjalanan amat selesa dan tidak membosankan. Saya tidak tidur langsung kerana begitu asyik melihat pemandangan indah sepanjang perjalanan. Bandung adalah kota yang terletak lebih tinggi dan anda akan terasa perjalanan keretapi makin tinggi dengan kawasan pertanian dan perumahan dapat dilihat dari aras tinggi.

Tiba di Bandung kami terus mengambil teksi Bluebird menuju ke CherryHome yang terletak di Jln Babangan Jeruk di Kota Bandung. Perjalanan teksi adalah lebih kurang 25 minit dari stasiun bandung. Setibanya di sana, kami terus check in pada kadar Rp315,000 untuk sehari.

Sesampainya di hotel, kami terus menaiki teksi ke Pasar Baru. Disana, kami membeli telekung yang banyak untuk dibuat ole-ole. Terlalu banyak kedai yang menjual telekung dan harganya tidak fixed, bergantung kepakaran anda dalam tawar menawar. telekung sulaman boleh dibeli dalam range Rp80,000 hingga Rp100,000 medium kualiti. Jangan terus beli dari satu store walaupun penjual indonesia ini memang pandai mengayat kita dan memaksa kita membeli dalam kuantiti yang banyak. Harga tawaran boleh dimulai dengan 50% kurang dari yang diberikan dan naik sikit demi sikit, selalunya, penggurangan diberi dalam 25% - 30% dari harga yang diletak. Jika pandai, kita mungkin dapat lebih lagi.

Walaupun diberitahu harga ni harga pas iaitu harga net, sebenarnya ia masih boleh ditawar. Jangan terpedaya dengan penjual kerana mereka memang pakar pyschology dan amat pandai mengambil kesempatan pada tourist yang rata2 mempunyai wang yang banyak untuk berbelanja.

Untuk telekung alone, saya habis Rp800,000 iaitu hampir sejuta dan 1/3 dari budget yang diperuntukkan. Telekung di sana memang murah, memang wajib dibeli samada untuk diri sendiri atau dihadiahkan kepada saudara mara atau teman2.

Malamnya kami tidak kemana-mana kerana keletihan berjalan, kami bercadang untuk check out besok dan tinggal di hotel yang lebih berdekatan jalan besar.

21th Dec 2011 : Pagi2 lagi kami dah keluar menaiki Angkot ke Rumah Mode, factory outlet wajib bagi rakyat malaysia. Rumah Mode ni dibuka pada pukul 9:30 pagi tapi dari jam 8:30 pagi telah ramai orang menunggu outlet ini dibuka.

Pakaian nya adalah berjemana dan ditawarkan pada harga yang amat murah. Tapi yang tak tahannya, saiz yang dijual amat kecil bagi saya yang bersaiz L ni. Kami membeli sehelai baju Espirit berharga Rp125,000 dan sehelai jeans brand Hugo untuk anak pada harga Rp160,000.

Kami kemudian terpaksa bergegas balik memandangkan waktu check out ialah pada pukul 12:30pm.

Kami kemudian check in di Hotel Guntur di Jalan Ottoiskandarinata yang amat berdekatan dengan Pasar Baru. Hotel ini menyediakan electrical kettle tapi breakfast nya again very minimal dan tempat yang limited. kami terpaksa makan di sofa memandangkan semua meja telah penuh. Meja makan adalah dalam 5-6 buah sahaja.
Lepak di Hotel Guntur


Depan hotel ada kebun karet. Tak tahu apa dia, tapi hubby cakap pasar.






Restaurant Raja Sunda. Menyajikan masakan sunda. Interior yang sangat menarik di restoran ni.

Ni timbel, makanan orang sunda, nasi dibungkus dalam daun pisang bentuk bantal peluk dan disajikan dengan tahu, tempe, ikan masin dan tempeyek kacang dan sambal. Juga sup labu + kacang kuda + ntah apa2 lagi. Sup ni manis so tak kick for me.

Ni nasik tutoq, disajikan bersama tahu, tempeh, ikan masin, tempeyek dan sambal. macam nasik timbel cume bezanya nasi tutoq rasa macam nasik goreng bercili dan cara bungkusannya macam nasi lemak.



Nasik ayam penyet dimakan bersama ayam, tempe, tahu dan sambal.

Gambar semua tak clear sebab didalamnya, lampu semua dim. Disini ramai orang indonesia sekeluarga makan.


Ni hotel guntur.

Pelajar sekolah, uniform dia orang macam-macam. tak tahu apa yang membezakannya

tangkuban perahu

Dibawah tangkuban perahu masih mengeluarkan asap dan gas beracun. Tidak dibenarkan turun.

Tangkuban Perahu. Signboard orang berebut-rebut nak tangkap gambar di sini.

another shot


Sejuk di atas ni. Haziq membelakangkan gunung berapi yang meletus pada kali terakhir tahun 1967

Add caption












Pokok yang hanya tumbuh di kawasan gunung berapi. Pokok ini mempunyai cerita dongengnya sendiri dimana Sangkuriang memakan pucuk daunnya yang berwarna merah dan kekal muda

Nampak tak pucuk merah tu. kami berpeluang merasainya. Sedap.


Pokok berumur lebih dari 100 tahun. Walaupun akarnya di luar, tapi dia masih hidup dan mengeluarkan daun. Kesan hitam itu ialah kesan dari letusan gunung berapi.



Kedai menjual sourvenir dari atas

Pemandangan yang amat cantik di Tangkuban Perahu

Membelakangkan tangkuban perahu yang bermaksud perahu terbalik

Buah blueberry yang ditanam sendiri, memang sedap tapi mesti dimakan di situ sebab tak tahan lama

Di Champelas tempat popular jeans dan barangan kulit

Arca macam ni banyak di Champelas sebagai tarikan pelanggan

pemandangan dari dalam angkot


Rambo on the action

Salah satu Factory outlet di Jalan Riau yang dilawati

Factory outlet Oasis

Cipaganti yang membawa kami di tempat wisata.


Bau sulfur di kawah putih sangat kuat

Kawah Putih di Ciwedey

Jalan masuk ke Kawah Putih

Pemandangan yang sangat indah. Harus dirasai oleh semua yang datang

Letusan gunung berapi menjadi kawah yang airnya berwarna putih kehijauan


Cantik dan menakjubkan

Amazing, sangat indah.



Batu-batu di pantai ni penuh dengan sulfur berwarna kuning. Batu-batu ini adalah serpihan letusan gunung berapi.


Batu gunung berapi penuh dengan sulfur

Another shot at Kawah Putih


Pokok Masarasa berpucuk merah. Dipercayai boleh membuat wajah awet muda.








Batu dari letusan Gunung Berapi









Disini diceritakan sedikit kisah sejarah Kawah Putih.




Ini lah Pak Mulyadi yang amat baik membawa kami ke tempat2 yang dihajati. Hanya Pak Mulyadi yang sanggup membawa kami ke 2 tempat yang bertentangan dalam satu hari, Tangkuban Perahu dan Kawah Putih, satu di utara, satu di selatan. Beliau jugak menjaga solatnya sepanjang perjalanan kami di sana. Jika ingin menggunakan perkhidmatan Pak Mulyadi, boleh message kami untuk no. telpon nya.


Ini Baso Malang di Enggal, restoran baso terkenal di Bandung.

Kartika Sari Brownies, sedap. Rugi pulak beli skit.
pastry ni disalut dengan cheese stick dan ditabur cheese diatasnya.
Pisang bolen chocolate. Okay la rasernya

Pisang bolen chocolate

Brownies Kukus amanda. Well I would say, bole la.

No comments:

Post a Comment