Sunday 11 December 2011

Summer Camp Anak Soleh di Masjid Negeri Perak, Ipoh

Alhamdulillah selesai sudah summer camp anak soleh di Ipoh yang diadakan di Masjid Negeri Ipoh dari 9hb Dec sehingga 11hb Dec 2011. Kali ni, anak dan sepupu-sepupunya, Farhan Afiq, Aiman dan Fira berpeluang menyertai Kem Anak Soleh ni.

Ye la, cuti sekolah dari tak buat apa-apa, sekurang-kurangnya mereka mendapat ilmu dunia dan akhirat menyertai kem ni. Ada lebih kurang 150 orang menyertai kem ini, kebanyakannya pelajar lelaki about 70%, 30% dari umur 9 tahun hingga 17 tahun.

Alhamdulillah nampak perubahan dari segi solat semenjak anak balik dari kem ni, solat tak payah suruh lagi, masuk waktu terus solat, in fact, siap tanya dah masuk waktu ker belum..Sebelum ni, memang setiap cuti sekolah panjang, Haziq tak pernah miss lagi menyertai summer camp yang dianjurkan oleh mana2 penganjur pun samada di Sitiawan atau di Ipoh. Harapan anak akan didedahkan dengan ilmu dunia dan akhirat dan semuga menjadi anak yang soleh.

Peserta bersalam dengan facilitator sebelum balik

Haziq, Aiman, Afiq & Farhan selepas selesai Summer Camp

Posing sebelum beredar balik

 Banner di luar masjid

Sijil penyertaan di berikan pada semua peserta diakhir penutupan

Summer camp di dalam masjid negeri Perak.
Lepas kem tamat, kami lunch di Tasik Raban dekat stadium. Semua pakat makan ikan sebab dia orang cakap sepanjang summer camp asyik makan ayam jer.

Fira menikmati ikan keli di Tasik Raban restoran
Ikan siakap bakar

Semua dah lapar, tak toleh kiri kanan lagi

No comments:

Post a Comment