Sunday 25 December 2011

6 langkah mudah kalau kehilangan passport (untuk warganegara malaysia)

Perjalanan awal kami ke Jakarta / bandung yang dijadualkan pada 4hb Dec 2011 terpaksa ditunda disebabkan last minute, passport hubby hilang. Jangan panik seperti saya.

Disini saya ingin mengkongsi langkah2 mudah yang perlu diambil jika anda menghadapi situasi yang sama.

1. Buat report kat balai polis.
2. Pergi ke Immigration dan isi satu special borang untuk declaration passport hilang.
3. Kena bawak borang tu ke pesuruhjaya sumpah untuk angkat sumpah.
4. Bawak gambar passport size 2 keping dan serahkan borang ke Immigration.
5. Kalau passport dah expire, boleh dapat passport baru dalam masa sehari, but since passport hubby masih valid, so di Manjung, kami kena tunggu 5 hari bekerja.
6. Kalau di Ipoh, kami diberitahu passport hanya akan siap dalam masa 2 minggu.

Cuba telephone airline dan minta tarikh perjalanan di tunda ke tarikh tertentu. Bagi kes saya, kami dikenakan charge RM150 seorang sebagai penalty oleh pihak MAS.

Sebelum perjalanan, pastikan passport anda ada dan masih valid. Jangka tempoh mengeluarkan passport baru bergantung kepada keadaan, jadi jangan ambil risiko, ia akan merosakkan perjalanan yang  telah dirancang.

Passport juga harus disimpan di tempat yang baik kerana process mengeluarkan passport baru kadang-kadang tidak semudah di atas, bergantung kepada keadaan dan kes-kes tertentu.


No comments:

Post a Comment