Sunday 6 November 2011

Patutkah Kita Memikirkan Apa Yang Orang Lain Fikirkan Tentang Kita?

Pernahkah anda menghadapi situasi dimana anda jarang menerima pujian secara terbuka, sebaliknya, lebih kerap menerima kritikan dan komen secara terbuka. Lebih malang lagi, teman sepejabat lebih gemar menyampaikan kritikan dan komen third party terhadap anda dari memberikan komen positif atau pujian yang dapat memberikan semangat untuk kita lakukan yang lebih baik. 


Saya tidak terkecuali. Yang  terbaru, hari Sabtu lepas, ketua projek memberitahu saya, seorang pengurus dari jabatan lain membuat negatif komen tentang cara saya mengendalikan kerja. Akibatnya, I had a very bad weekend this week kerana terlalu memikirkan perkara tersebut.

Saya cuba mengendalikan komen dari sudut positif tetapi sebagai manusia biasa, saya kerap kecundang dalam mengendalikan perasaan sendiri menjadikan saya terlalu memikirkan apa yang orang fikirkan terhadap  kita. 

Masalahnya, apabila terlalu memikirkan apa yang orang lain katakan menyebabkan kita over-commited dengan pandangan mereka, terlupa objektif sebenar, tentang passion diri dan end up hidup dalam keadaan 'people pleasing'

Sebaliknya, jika tidak memikirkan langsung apa yang orang lain fikirkan tentang kita,  pada pandangan saya juga tidak sihat, dan boleh menjadikan perhubungan professional di pejabat dan interpersonnal menjadi 'sour'.


Untuk anda yang mengalami situasi seperti saya, maybe kita boleh sama-sama mencuba langkah2 yang seperti di sini.

Langkah 1 : Beri perhatian tetapi jangan terlalu bimbang

Ingat, kebimbangan tidak membawa kita kemana. Jangan buang masa melayan perasaan kecewa dan bimbang tentang apa orang lain katakan. Jangan biarkan emosi menguasai diri. 


Orang lain berhak berfikir apa yang mereka ingin fikirkan or judge about us. Tetapi, apa yang mereka kritikkan tidak melambangkan siapa kita sebenarnya.


Langkah 2 : Adakah pendapat mereka penting?
Berhenti memikirkan apa orang lain fikirkan tentang kita.  Lebih-lebih lagi yang memberikan negatif komen itu adalah orang yang tidak kita kenali, orang yang kita tidak rapat. Jangan biarkan pendapat mereka memberikan apa apa jua kesan kepada kita.


Lebih baik kita berkomunikasi dengan orang yang lebih positif dalam memberikan pendapat. Tidak semestinya kita hanya menerima komen yang positif sahaja, tetapi jika kita ada sahabat yang dapat memberikan komen negatif dalam bentuk yang tidak 'let you down' dan focus kepada permasalahan dan steps yang boleh di ambil untuk memperbaikinya, ini adalah lebih baik.


Langkah 3 : Dengar pendapat orang lain
Jika komen itu datang dari orang yang penting dalam hidup kita, seperti boss, then kita kena pay attention. Its worth adjusting our behaviour especially if boss terlalu kerap memberikan kritikan yang sama terhadap kita.

Jangan membuat andaian terhadap apa yang orang lain fikirkan, kecuali kita mempunyai bukti. Contoh seperti jika kita menerima email yang direct terhadap anda, jangan terus andaikan yang si penghantar marahkan anda atau tidak sukakan anda, focuskan pada isi kandungannya. Jangan terus menganggap yang mereka tidak sukakan anda..


Langkah 4 : Setkan objektif anda 
Kita mungkin mempunyai objektif yang berbeza dgn orang lain. Jangan terlalu memikirkan apa yang mereka fikirkan, sebaliknya, fikirkan yang objektif kita lebih penting dari apa yang mereka fikirkan.


Contohnya, kita mungkin memilih pekerjaan kerana ibubapa atau kawan2 atau sesiapa saja mahukan anda. Ingat, objektif kita tidak ditentukan oleh orang lain.


Langkah 5 : Value Your Values
Jika orang lain memperkecilkan value kita, jangan pedulikan mereka. Mungkin kita tetap melakukan kerja dengan baik samada boss ada atau tidak ada, tetapi kawan2 mentertawakan kita mengatakan kita bodoh.



Apa saja situasi yang kita hadapi, make sure kita berpegang teguh pada values, dari membiarkan orang lain menghancukannya. Sebenarnya ramai lagi orang lain yang menghormati anda (walaupun mereka tidak katakan secara terangan). Kita harus berpegang teguh kepada values yang kita percaya penting dalam kehidupan diri sendiri.


Langkah 6 : Ingat, kita tak semestinya Popular
Kehidupan sekarang bukan seperti kita di sekolah, tidak menjadi satu masalah besar jika kita tidak popular. You cant please everyone anyway, jadi dont even try. katakan 'tidak' pada commitment yang kita tidak mahu ambil. Bersedia melakukan sesuatu yang bertentangan dari orang ramai, jika itu adalah nilai2 baik yang kita berpegang teguh.

Dan, jika kita menjadi diri sendiri dan orang lain tidak sukakan kita, adakah kita masih mahu mereka menjadi rakan kita? Semua jawapan ada pada diri kita sendiri!! 

No comments:

Post a Comment