Friday 11 November 2011

4 tanda sudah tiba masanya anda berhenti kerja

Pernahkah anda terfikir untuk berhenti kerja, cari kerja lain, berniaga atau duduk jer di rumah jaga anak. Saya? all the time tapi tak berhenti henti jugak, masih di tempat kerja lama. Tapi setiap hari, hati terdetik, bila la agaknya nak berhenti kerja dan buat bisnes sendiri.

Penat sangat buat kerja kat office, macam2 procedure kena ikut, kejar timeline, boss nak ni, nak tu, kenkadang rasa nak give up. Tapi bila memikirkan commitment bulanan, rasanya belum masa lagi nak berhenti kerja. So, terpaksalah heret kaki hari hari pergi kerja, buat kerja then balik, the cycle repeats each day macam tu dah bertahun-tahun. 

Sementara nak cari alternative ni, samada nak berhenti kerja, buat bisnes kecilan, cari kerja lain or whatever it is, hari ni kita masih kena kerja, menghadap kerja yang tak pernah surut, menghadap boss yang demand macam macam dan not to forget, office politic dan office gossip yang meletihkan.

Untuk anda yang menghadapi situasi sama seperti saya, ini ada 4 tanda bila kita patut berhenti kerja. 

Dah bersedia untuk melompat :  Sesetengah orang, sambil kerja ada buat part time bisnes jugak. Bila rasa bisnes tu dah mampu untuk memberikan income yang menarik, itu mungkin masanya untuk anda menjadi boss anda sendiri.

Sebelum anda meninggalkan dunia perkerjaan anda dan berkecimpung dalam enterpreneur, pastikan produk atau perkhidmatan yang anda terlibat telah di test di pasaran. Disamping itu, pastikan anda ada wang yang cukup di bank sebelum  berhenti kerja. Masa yang sesuai untuk berhenti dan menjadi boss sendiri ialah apabila anda yakin bisnes yang anda ceburi mempunyai prospek pasaran luar di masa hadapan dan dapat memberikan income yang berterusan.

Menyampah dengan kerja anda : Tak ada seorang pun terkecuali komplen pasal boss dan rakan sekerja, tapi jika masalah pejabat menganggu fikiran anda, baik anda berhenti. 

Cuba rate work problems kita dari 1 hingga 10, 1 OK, 10 bermakna kita menghadapi physical symptoms seperti sakit perut, sakit kepala, masaalah susah tidur disebabkan masalah kerja. Kalau rate tinggi dalam 'skil kebencian' ini, bermakna ini lah masanya anda berhenti kerja. Doktor menasihatkan kita untuk berhenti kerja jika keadaan di pejabat memberikan kita kesihatan yang tidak baik.

Tepu di Pejabat : Pernahkah anda menghadapi situasi di mana, anda hanya duduk saja tanpa buat apa2 dan boss pun tak pedulikan anda. Atau, anda rasakan keadaan anda dah tepu seakan-akan tidak ada ruang lagi untuk career advancement dalam syarikat tu.

Bosan di tempat kerja adalah pembunuh career. Walaubagaimanapun, sebelum anda mengambil keputusan untuk berhenti kerja, buat lah dulu self appraisal. Tanya diri sendiri apa priority anda dan apa yang anda mahukan. Kadang2 kerana perkara kecil, kita rasa frust dan kecewa dan bertekad untuk berhenti kerja. Tarik nafas, ambil masa untuk berfikir dan jangan buat keputusan terburu-buru. Jangan biarkan perkara kecil menguasai diri dan rationality anda. 

Tidak sehaluan dengan mission atau strategi syarikat : Kadang2 kita rasakan mission atau strategi syarikat bertentangan dengan diri sendiri. Mungkin ini masanya untuk kita berhenti kerja di situ dan cari kerja di tempat lain. Jangan biarkan ia melemahkan ethic diri sendiri. Jika kita rasa syarikat itu tidak jujur kepada pelanggan, tidak telus dan tidak sihat, inilah masanya untuk berhenti. Tapi, kalau nak berhenti, make sure ada back up plan, samada cari kerja baru atau mempunyai simpanan yang cukup sementara mendapat kerja baru.

Atau, anda mempunyai semua tanda2 diatas, tapi tak boleh jugak nak berhenti atas sebab2 tersendiri, saya syorkan baca buku ni "HOW TO ENJOY YOUR LIFE AND YOUR JOB" BY DALE CARNEGIE. Buku ni banyak memberikan tips yang bagus untuk anda menyukai kerja anda.  

Saya cadangkan apa-apa jua hasrat, samada nak teruskan bekerja, berhenti kerja atau berniaga, solatlah istiharah, minta petunjuk dari yang Maha Esa, hanya DIA mengetahui segala sesuatu agar apa juga keputusan yang kita buat, mendapat petunjuk dariNYA. 

Kadang2 tempat kerja kita itu adalah yang terbaik bagi kita, atau hijrah adalah yang terbaik dari kita, hanya ALLAH Maha Mengetahui.

No comments:

Post a Comment