Saturday 7 January 2012

Padang Polo Ipoh

Kat Ipoh ni, ada satu tempat dikenali sebagai Padang Polo. Ia merupakan taman rekreasi bagi orang Ipoh. Berkesempatan pergi ke sana pagi tadi setelah quite sometime tidak kesana. Satu, sebab malas, kedua, memandangkan I am a weekend wife and mother, raser macam masa spend kat dlm rumah tu suntuk sangat, kalau boleh tak keluar rumah langsung sehingga Isnin, sebab bila fikirkan pagi2 isnin dah kena balik drive ke Lumut dan Monday is always a bz day for me, rasa nak kuar rumah tu malas sangat.

Pagi ni, saya ke padang polo sebab anak dan hubby ajak. tapi saya tak boleh nak buat apa2 kerana kaki sakit, so apa yang saya buat ialah strolling perlahan2, dapat la 2 round strolling. Since tak buat apa2 pun, just jalan2, baru saya perasan perbagai aktiviti rupanya ada di Padang Polo ni.

Ini la tempat di mana saya melihat orang tua2 yang dah pencen meet their friends, chats and exchanging stories, I see too an old folk berbual dengan orang muda, I see many2 races menggunakan kemudahan yang disediakan di Padang Polo dengan aman dan damai. Alangkah bertuahnya rakyat malaysia berbilang bangsa dan agama hidup aman damai di dalam satu negara dan menikmati kemakmuran negara tanpa rasa takut.

Berbanding negara lain yang bergolak dan berperang, tembak sana, tembak sini seperti yang terbaru saya dengar di Yala, suami isteri menaiki motor di tembak.

Di Padang Polo juga ada aerobic, ada taici, ada playground untuk kids, ada facilities regangan, padang yang besar, ada urutan reflexology batu2 yang disediakan, pokok yang banyak dan teduh, penuh dengan kehijauan, ada juga yang mengambil kesempatan berniaga..rupa2nya bila diperhatikan, pelbagai aktiviti ada di Padang Polo ini.

Kebetulan, pada pagi ini, KPJ memberikan perkhidmatan percuma kepada warga yang berkunjung ke Padang Polo untuk memeriksa tekanan darah secara percuma. Alangkah indahnya menjadi warga Malaysia. Trip saya ke Jakarta / bandung pada bulan Dec tahun lepas menyedarkan saya betapa bertuahnya saya sebagai rakyat Malaysia dibandingkan dengan apa yang dirasai oleh golongan susah di Indonesia.

Jurang berbezaan di sana amat ketara diantara yang kaya dan yang miskin, tetapi di Malaysia, kita amat bertuah, kerajaan banyak membantu dan rakyat yang perihatin dan menjaga keharmonian dan berbezaan agama dan keturunan menjadikan raya amat bertuah di lahirkan di Malaysia.

A big area for jogging track

Social service diberikan oleh pihak KPJ untuk rakyat Ipoh

Pokok2 besar, kawasan yang bersih, padang yang besar memberikan keselesaan kepada pengunjung yang begitu ramai terutama pada hari Ahad.

Ada 3 public toilet yang disediakan di sini, amat bersih dan selesa.

No comments:

Post a Comment