Saturday 7 January 2012

Jum Makan di Ipoh - Nasi Lemak Ayam Golek Batu Gajah

Memandangkan saya bekerja di Lumut dan keluarga tinggal di Ipoh, berulang-alik Ipoh-Lumut seminggu sekali tu dah menjadi routine saya.

Selalunya saya akan mengikut highway Simpang Pulai - Batu Gajah - Tronoh dan kemudian meneruskan perjalanan ke Sri Iskandar - Sitiawan - Kg Acheh. Perjalanan saya akan menempoh satu restoran di persimpangan traffic light Batu Gajah iaitu Restoran Nasi Lemak Ayam Golek.

Baru-baru ni, semasa cuti New Year, saya akhirnya berpeluang untuk makan malam di situ.
Kami menikmati nasi ayam golek, nasi putih bersama lala masak pedas, udang goreng tepung, tomyam campur, sayur campur etc.

Ada terdapat few pondok2 (gondola) untuk yang memilih untuk makan sambil bersila. Kami tidak melepaskan peluang makan malam di gondola untuk menikmati suasana kampung walaupun dikelilingi oleh bunyi kenderaaan memandangkan restoran ini berdekatan dengan simpang jalan bertraffic.

So, sesiapa happen to be in Batu Gajah Perak, maybe can  try to dine in this restoran yang dibuka disebelah petang hingga ke malam.

Makan malam yang kami order.

Restoran Nasi Lemak Ayam Golek Batu Gajah Perak

As usual, the same face.. :)

Dalam gondola sementara menanti hidangan sampai

Pemandangan dalam restoran ala kampung, gambar tak berapa terang sebab suasana malam dan lampu didimkan.
Kawasan restoran dihiasi dengan banyak pokok2 yang menambahkan kesegaran menikmati hidangan di restoran ini.


Nasi Lemak Ayam Golek


Yum yum apa lagi tunggu
Lala masak pedas

No comments:

Post a Comment